Wednesday, November 18, 2009

Ku Pelajari Erti Redha dan Sabar..

Ku Pelajari Erti Redha dan Sabar


Rasanya macam sukar nak menulis kembali. Mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang Awal bulan Oct hinggalah sekarang ini adalah hari-hari yang terlalu sukar untuk saya. Hari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan.Bayangkan sepanjang hari – hari yang saya lalui terlalui sedih untuk dikenang. Ibaratnya dugaan saya selama ini adalah saya sedang membina sebuah istana pasir yang cukup cantik di tepi pantai. Saya jaga istana pasir itu, saya bina ia mengikut kehendak alam, dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan mana-mana bahagian yang telah lengkap. Saya mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari membina istana itu tanpa tidak pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerana ia dibina di tepi pantai. Fenomena itu sememangnya saya tahu. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ombak hidup mengikut aturan sang Pencipta. Akhirnya istana pasir yang saya bina musnah jua dipukul ombak besar. Saya ingin menangis kerana istana pasir itu telah musnah kerana penat lelah saya membina dan menjaganya selama ini. Masakan usaha berhari-hari saya musnah dalam masa tidak lebih seminit. Sekelip mata. Begitulah ibarat peristiwa yang saya lalui.

Ujian itulah kehidupan
memang pada mulanya saya tidak mampu untuk berdepan dengan masalah tersebut. saya rasa kecewa, putus asa, marah dan hilang arah... namun, Alhamdulillah... saya tidak lama berada dalam keadaan sebegitu. Ianya bermula apabila saya mendengar ceramah membincangkn topic "sabar" hati saya menjadi tenang dan lega...
Tiba2 hatiku menangis... kenapa?? Kerana saya malu, saya marah pada diri saya... malu kerana saya tidak berfikiran positif sewaktu menerima ujian dari-Nya. marah kerana tidak sanggup menempuh ujian yg Allah berikan pada saya. Sedangkan saya tahu bahawa Allah menguji hambanya yg disayangi, dan Allah menguji hambanya mengikut kemampuan diri seseorg itu. Sepatutnya saya menerima ujian-Nya dengan Redho kerana dengan itu saya mengetahui bahawa Allah masih ingat kepada saya dan kerana ingatan-Nya kepada saya, maka dia memberikan ujian kepada saya untuk saya menjadi lebih matang dan kuat bagi menempuh onak liku kehidupan yg akan datang. Sememangnya benar bahawa bukan mudah untuk kita merasai Redho itu jika kita sendiri tidak mampu untuk melakukannya. Cakap memang senang... org selalu nasihatkan " Redholah dengan ujian yg diterima".... Tapi bolehkah kita Redho?? Hanya kita yg tahu... sejauh mana kita menerima ujian dan cabaran tersebut.

Alahamdulillah juga... dengan ujian yg deberikan kali ini.. saya benar2 mengenali erti REDHO... dan saya juga telah mendapat ketenangan yg belum pernah saya rasai sebelum ini. Berzikirlah... itu yg akan membuatkan hati sentiasa berbunga riang... Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana telah memberikan saya ujian yg dapat mematangkan saya dan dapat mendekatkan diri saya kepada-Nya. Sesungguhnya dia yg maha mengetahui tentang sesuatu perkara...

Cabaran dan dugaan mematangkan seseorg... hadapilah ia dengan tenang dan berfikiran positif. Ingatlah bahawa Allah sayangkan kita. Kerana itulah dia menguji kita... wink wink

semoga segala ujian dan dugaan yang ditempuhi sedikit sebanyak dapat menggugurkan dosa-dosa kita yang lalu.....jika pengharapan kita diletakkan hanya pada Allah dan bukan pada manusia atau benda lain,insyaAllah apabila ujian itu terjadi,kita masih lagi mampu tersenyum kerana kita masih punya Allah sebagai tempat kebergantungan...dan jika kita mengatakan yang kita meletakkan Allah di tempat yang tertinggi,janganlah sekadar di bibir sahaja,lakukanlah ia dengan perbuatan.kerana jika hanya pada bibir sahaja,apabila ujian itu sekali lagi ditimpakan kepada kita,kita akan melatah sama saperti dulu juga..... segala yang baik itu dari Allah,segala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sebagai hamba biasa.
sekadar mahu berkongsi..

No comments:

Post a Comment