Thursday, December 30, 2010

Haa ?? hari ni 30 December ???


Haa ?? hari ni 30 December ??? knapa dgn 30 December ??? ada ape ? hrmmmm ????





Hehehee .... :P

“30 December 1990” : telah lahirnya seorg puteri hasil perkongsian hidup dan tanda cinta 2 insan (ayah dan ibu ) … serta tanda kekuasaan Allah terhadap makhluknya … Alhamdulillah .. SubhanAllah …

Yahoo ... !! umur sya sudah genap 20 tahun !! sya sudah besar ...... dah boleh kawin!!! Yeay2! ♥_♥ ( ish3 … tu je tau !!) hehehe :D




sudah “20 tahun” Allah kurniakan masa utk sya membuat amal kebajikan di dunia .... apa yg sya dah lakukan sepanjang “20 tahun” ni ?? bagaimana sya gunakannya ? pada siapa ?? baik @ buruk .. semua ini akan ditanya oleh Allah ...... seramnya .. ~


rasanya , amal ibadah yg sya lakukn selama ini msih x cukp ... impian hendak menjadi anak yg solehah blum t’laksana .. b’azam ingin mjdi shabat yg baik kpd smua , tpi sya sntiasa tewas krn diri ini blum cukp baik ... cita-cita mhu terus bjuang kearah kejayaan utk k’dua ibuAyah sya , tpi sya masih geruh mnghadapi dugaan didalam perjuangn ......

Ya Allah , bnyk lgi bnda yg sya inginkn msih blum t’capai ... tpi , jarak sya kpd-MU semakin dekat ...... msih ada lgi kah peluang ?

sampai bilakah rasanya , sya akan sambut 30 December ini ..... ?? hrmm ,, enthlah .. sya pun xtau … hanya Dia shaja yg tau ..

haaa ,,,
mcm mna kalau tahun ini adalah tahun terakhir sya sambut 30 December ???



Ya Allah , ampunilah dosa2 sya , kedua IbuAyah sya , saudara2 sya , guru2 sya .. serta sahabat2 sya .. kurniakannlah kami keredhaanMu .. jauhilah kami dari berpaling dariMu … jadikanlah kami hamba yg bersyukur di atas segala nikmatMu …




Terima kasih kpd semua yg wish besday sya … today is my bufday …


sampai sini dulu ye kwn2 semua …. carilah redha Allah di mana jua kita berada ….

so , ada apa dgn 30 December ????????? hehe ...



Saturday, December 25, 2010

PUTUS CINTA .... ~~

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.


Wednesday, December 22, 2010

SAHABAT !

Sahabatku....
Pada saat kau hadir ke dalam hidupku Aku langsung tidak mengenali dirimu Tetapi kau lemparkan senyuman manis dan ikhlas Terpancar sinar kegembiraan diwajahmu Maka dengan senang hati dan kesyukuran Aku menyambut salam perkenalan darimu itu.. Sahabatku....
Hari demi hari berlalu Kau dan aku semakin kenal hati budi masing-masing Berkongsi suka dan duka Tangis dan tawa yang dirasai Pahit dan manis kehidupan yang dilalui Ya Allah..!
Ukhuwah antara kita semakin intim wahai sahabatku.. ^_^

Wednesday, December 8, 2010

couple haram !


Irwan : couple haram ... ada faham?.. susah sgt eh nk faham?!.. makin menjadi-jadi lak mcam twisties,, nak kata xde akal .. ade plak akal ntuk berfikir ayat2 romantis ,, ble suruh bwat mnde elok bermcam alasan plak yg terbit .. hidup ntuk berpacaran je eyh? .. ble dah clash ,, bwat status nk tunjuk frust .. amaran Allah tak ambil tahu ,, depan pintu syurga ,, menangis tak berlagu ..... ~
kesedaran yg sgt mendalam .... terima kasih abg .. insyaAllah , sya akan cuba sedaya upaya utk elak dari couple .. kadng2 sush sgt nk elak , lgi2 perasaan ini dh mula rsa ingn sgt b'cinta ......

kerana aku wanita , pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku... kerana aku wanita, ingin disayangi itu fitrah diriku ... kerana aku wanita, mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki ... kerana aku wanita, emosiku selalu mengatasi logik akalku... kerana aku wanita, air mata teman setiaku .. kerana aku wanita , sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi ..