Saturday, June 27, 2009

yeaaaaa,mood bollywood dh dtg blik....
hehehehe....


RANI MUKHERJEE IS BACK



Yash Raj Films’ next release, DIL BOLE HADIPPA, is a romantic comedy set in Punjab which brings together for the first time Rani Mukherjee and Shahid Kapoor. It is the story of a girl who has to become a man to fulfil her dreams.




first time rani with shahid kapoor..


The first look of DIL BOLE HADIPPA is now out! The movie has Rani Mukherjee in a completely new look as the latest sardar in town.The versatile Rani, having played several demanding roles over the years, now takes on the challenging role of a sardar who, though from a small village, dreams in 70mm in this full-on musical romantic comedy entertainer based in Punjab.


Mike Stringer, who was responsible for all the disguises in DHOOM 2, was specially flown in from London to design her look for the film. The costumes have been designed by Manish Malhotra. The film, directed by Anurag Singh and produced by Aditya Chopra, stars Shahid Kapoor, Rani Mukherjee, Anupam Kher along with Rakhi Sawant & Sherlyn Chopra and others and is slated to release worldwide on 18th Sept 2009.

Wednesday, June 24, 2009



~ Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan air mata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya...

~ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf...

~ Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

~ Jika kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita
yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah membuat keputusan,
dia akan lakukan apa sahaja...

~ Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika...

~ Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,
cubalah menegur dia perlahan-lahan...

~ Jika kamu menyukai seorang wanita,
cubalah memulakan dengan persahabatan,
kemudian biarkan dia mengenali kamu dengan lebih mendalam...

~ Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu mengajak dia keluar,
tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat dengan kamu.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu
atau menunggu panggilan dari kamu,
teruskan usaha kamu untuk memikatnya.

~ Cinta bermaksud kesetiaan, keikhlasan,kejujuran
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
Semua wanita mengimpikan seorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati.
Senjata wanita adalah air mata!!
Mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...

Tuesday, June 23, 2009


Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

salam..
klo anda terlalu sayang sgt2 dkat seseorang tu,
JANGAN sesekali meluakan perasaan dkat si dia mahupun
meluahkan dkat kawan2 yg laen....
cara yg terbaek ialah menyimpan perasaan itu di dalam hati,
dan berdoapray kepada ALLAH semoga dijodohkan dengan die(bagi kes orang yg terlampau suke)

tapi,
anda mesti ingat,
JODOH ditangan tuhan...
klo bercaple ngan si dier selame 10 tahun pun,
tapi klo jodoh bkan dengan dier?
x kan bersame jgak kan???

so,
kite serahkan saje semua ini kepada ALLAH.
wsalam.

lelaki idamanku..

TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS
ANDAI DIRI TAK SEHEBAT SULAIMAN

MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSOF
JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA

TAK PERLU MENGHARAPKAN TEMAN SETEGUH IBRAHIM
ANDAI DIRI TIDAK SEKUAT SITI HAJAR

DAN MENGAPA DIDAMBAKAN TEMAN HIDUP BAK SITI KHADIJAH
KALAU DIRI TIDAK SESEMPURNA RASULULLAH


TERIMALAH KEKURANGAN ITU SEBAGAI KEUNIKAN, DAN CARILAH KEBAIKAN PADA DIRI
grin

"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi"cloud 9
"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi"cloud 9

erti sahabat.....
(haraplah aku dpt menjdi sahbat yg sejati)

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.


Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

utk sahbt2ku.. ikhlas dri
fazlynazmi....
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”



Memang kenyataan, pmpuan sekarang ni memang hilang sifat malu
nonono

>>Walaupun pakai tudung, tapi baju dan seluar yg dipakai alamak ketat semacam, sehingga nampak susuk tubuh badan.. lebih utamakan fesyen terkini dari hukum hakam agama..kalau tak ikut, kata kolot, atau ketinggalan zaman lah pulak.

>>Pakai tudung, tp bahagian dada terdedah..bertudung pun hanya nak tutup rambut je, bukan nya niat nak tutup aurat..kesimpulannya, bertudung sekadar untuk fesyen sahaja.

>>Dari segi pergaulan pulak, ada juga pompuan yg tak malu2 bercampur dengan lelaki seolah-olah tiada batas dlm pergaulan..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."


"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
wanita.....
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....


Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar, tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri,dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah,dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang
sama ada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya,
tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.



jika mereka sibuk....

jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah saya sibuk mencari iman.. jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah saya sibuk mencari keredhaan. jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah saya menangis kerana mengenang dosa semalam. jika mereka cintakan kemanusiaan, biarlah saya cintakan rabbi(ALLAH). jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, biarlah saya dambakan ukhrawi...
ya allah,jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pda seorg yg menghulurkan cintanya kpdmu, agar tambah kuat ku utk menyintaimu.. ya allah,jika aku jatuh hti, izinkan lah aku menyentuh hati seseorg yg htinya tertaut padamu, agr tdk jtuh aku dlm jurang cinta nafsu..
ya allah,jika aku rindu, rindukan lah aku pd seorg yg
merindui syahid djlnmu... ya allah jika aku menikmati cinta kekasihku jgnla kenikmatan itu melebihi kenikmatanmu.. ya allah jika kau halalkn aku merindui kekasihku, jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pda cinta hakiki dn rindu yg abadi hanya pdamu(ALLAH)

~Aku mencintai sahabatku..~


Aku mencintai sahabatku segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak pernah luntur baik dalam suka atau duka..terima kasih sahabatku,krn kau telah mengisi kekosongan hatiku, akan ku kenang segala pengorbananmu..” terima kasih krn sudi menerimaku menjadi sahabatmu....

Sunday, June 21, 2009

cantik ke???



cantik ke diriku ini???
pada awalnya aku tidak percaya diri dgn pakaian yg bertutup rapi,
kawan2ku berkata aku ni x TRENDY, tpi ayah dan ibu berkata aku cantik begini..

Wahai kawanku, yg bermimpi sanjungan, cantik bukan bererti buka-bukaan,
cantik bukan bererti selalu berdandan, dan cantik
bukan bererti seorang pujaan...
Ku ulurkan jilbabku hingga terasa damai hatiku,
ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku,
kulakukan semua ini demi CINTAKU kepada RABBI-KU(ALLAH)
dan ku bbisik dlm hatiku,semoga engkau(ALLAH) bahagia melihatku...
Andai semua org memahami, cantik lahir bknlah ukuran, tpi cantik
HATI memikat semua org, dan yg utama berbudi pekerti
seperti yg rasul contohkan...

~kesedihan~


~kesedihan~
entah mengapa sekali sy rasa menyesal ditakdir bertemu dgnmu,menberipeluang kpdmu utk menyakitkn htiku.. Entah mengapa sekali ku rasa menyesal sudi menerimamu sebagai INSAN ISTIMEWA dlm hti nin krn setelah sekian lama kte bersama menyimpan 1 kenangan indah.. tpi skrg kau berubah hati,kalaulah ku tahu begini akhirnya, pasti tidak sekali ku menerimamu sebagai LELAKI ISTIMEWA didlm hati ini...

~CINTA..~


CINTA,
ungkapan indah itulah yg sering dinanti-nantikan bgi setiap manusia didunia ini,
cinta,
adakalanya ia dtg tnpa diundang membuat kte gembira bagaikn di syurga, cinta adakalanya juga pergi x kembali ibarat sekeping hati yg dicarik halus2..amat memedihkn sekirannya terjadi..
cinta,
pernuh dgn NIKMAT,KASIH SAYANG,SUKA DAN KENANGAN... TAPI KETAHILAH!!!!~
cinta juga penuh dgn onak berduri,kesengsaraan dan penuh dgn tipu daya yg semata-mata hanya ingin menyakitkn hati...
sesetengah kaum HAWA tak berani utk menghulurkn tangan utk mencapai CINTA yg dihulurkn
oleh si JEJAKA....