Friday, November 27, 2009

~SAHABAT..~

adakah kte sahabat yg baik??
7 tips untk jadi sahabat yg baik.. kolo ada tips2 lgi yg nk dikongsi,boleh la comment..=)

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik..

5. Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

6. Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

7. Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

Tuesday, November 24, 2009

REMEMBER ME AS YOUR FRIENDS..

REMEMBER ME AS YOUR FRIENDS..

lagu ini khas untuk sesiape yg bergelar KAWAN,TEMAN dan SAHABAT..
lagu ini sy tujukan kepada teman2ku baik jauh atau dekat,semoga ikatan ukhwah yg dibina bukan hanya sementara insya allah hingga kekal sampai bila2...

Dan dgn kesempatan ini juga sy sebagai insan biase ingn memohon maaf sekira nye ada terkasar bahasa dn gurauan yg terlebih..mngkin niat dihati hanya sekadar ingin mengusikmu, dlm tdk sedar usikanku itu telah menyakiti htimu..minta maaf sgt2..
Percayalah sahabatku dri ini tdk akn berhenti memohon kemaafan selagi ku masih bernafas.. jika 1 hari nti kau tdak dgr lgi sesuatu ucapan kemaafan dri ku itu bermakna aku telah pergi dulu drimu....=)

kenangan yg kte lalui bersama sangat indah,disaat kau hulurkan salam perkenalan padaku..
tdak pernh sekaliku terbayang ape yg akn terjadi dlm ikatan kte,saat perkenalan segala keindahan yg ku nmpak diwajahmu..segala kelemahan dan keburukanmu tdk sekali ku memandangnya,pada saat itu ku hanya berfikr ingin menjadi temanmu hingga akhir nafasku..
segala kesedihanku kau mendengar,apabila ku diuji kau bngkitkn semangatku, saatku lemah dn tdk berdaya kau nasihat aku dgn kehebatanmu...dan3.."sekiranya aku melakukn kesilapan atau menyakiti htimu,tegorlah aku agar dptku perbaiki kelemahanku itu..

allah telah mengurniakan aku sahabat yg sejati,die telah membawa aku mendekati illahi..
sahabat adalah pinjaman yg amat berharga agar dpt memimpin kte dlm meneruskan perjuangan..kadang2 dlm kemesraan yg dialami,sehinggakan kte lupa ungkapan 'perpisahan..'

Ku percaya dgn takdir illahi,setiap pertemuan msti ade perpisahan..
dan sekarang tibalah masaku untuk melangkah pergi meninggalkn mu, telah ku cuba sedaya upaya tdk meniggalkn mu..tpi aku harus merelakannya krn kte masing2 ade cita2 tersendiri..


dgn izin allah,kte akn dipertemukan dilain hari..akn ku terus berdoa agar kau dapt memaafkn kesilpnku yg leps secara tdk sedar...supaya peluang seterusnya kta akn jdi lebh matang dri yg sebelum ini..

~KHAS KEPADA INSAN BERNAMA SAHABAT~




by fazlynazmi=)

Friday, November 20, 2009

~SaHaBaT..~

~SaHaBaT..~

Assalammualaikum...


sahabat oh sahabat..rasanye semua insan kat atas dunia nih pernah
memilikki sahabat untuk berkongsi suka-duka, pahit-manis, gelak-tawa,
senyum-tangis pasti tersimpan rapi dalam kantung kenangan..Namun, tidak
semua persahabatan bersulam kasih sayang sejati, keikhlasan zahir &
batin mahupun kejujuran yang membaluti dir.. Ya, pasti anda semua
pernah rasa manis & indahnya sebuah ukhwah bersama seorang insan
yang bergelar sahabat.. Namun begitu pasti ada yang terluka, terguris,
terhimpit, dihimpit, menghimpit dan sebagainya... Setiap orang pasti
mengimpikan sebuah persahabatan yang indah umpama kita mengimpikan
seorang teman untu sehidup & semati bersama kita..

Tetapi, mampukah kita memilikki sahabat sejati??
Layakkah kita meraih sahabat yang baik??
Baikkah kita??
Berhakkah kita??
Jujurkan kita dalam berbicara dengannya??
Ikhlaskah Kita bersahabat dengannya??
Setiakah kita seandai dia dilanda musibah??

" Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah

seiring dengan ku. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka & duka. Jika aku dapat , aku ingin setia padanya.." - Iman

Seringkali kita terlupa dan terleka akan janji-janji kita pada sahabat kita..
Seringkali kita meninggalkannya dikala dia memerlukan kita..
Seringkali kita asyik bercerita tentang kejayaan dan kesengsaraan kita,
namun pernahkah kita mendengar luahan & kegembiraannya??
Seringkali kita meminta gar dia menjadi seorang pendengar yang setia,
namun sedarkah kita bahawa kita bukan pendengar yang baik??

Hari-hari dan waktu telah berlalu...
Kenangan-kenangan hanya terlipat sepi di sebalik tirai...
Jelas kita sudah semakin jauh dan berlari meninggalkan sahabat kita dibelakang tanpa menoleh...Waktu telah memamah sirna persahabatan,,,
andai kita menjadi sahabat yang tidak tahu menghargai jadilah kita orang yang ketinggalan...
kenapa? kenapa? dan kenapa?

Kerana hidup tanpa seorang sahabat memang tidak bererti...Perlukah kita menghargai kehadiran seorang sahabat disisi?
Jawapannya adalah 'YA'! kerana tanpa seorang sahabat kita tidak mungkin
tersenyum..hari-hari yang dilalui mungkin suram..pilu dan sebagainya...

Apa salahnya jika kita hanya merungkai perkataan " terima kasih kawan!
kerana sudi jadi sahabat aku" tidak salahkan? tidak rugi andai diwaktu
hari-hari indah seorang sahabat seperti hari lahir atau tatkala ada
kejayaan yang digapai oleh sahabat kita, kita hadiahkan sesuatu yang
mungkin bisa memberi dia sebuah senyuman...

Namun kita seringkali
terlupa dengan nikmat yang Allah telah pinjamkan kita untuk kita
seorang sahabat untuk menjadi teman berbicara untuk kita berdakwah
untuk kita mencari jalan kebenaran...Kita telah menyalahgunakan
kehadiran seorang sahabat... Kita mempergunakan dia, menikam dia dari
belakang, mengammbil kesempatan dan mengguriskan hati seorang
sahabat...Inikah yang mampu digelarkan sahabat sejati??

"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mengasihi sahabatnya
seperti dia mengasihi dirinya sendir"
( HR Al-Bukhari & Muslim)

Wednesday, November 18, 2009

~kerana perasaanku,aku hilang sahabat..~

~kerana perasaanku,aku hilang sahabat..~

Assalamualaikum W.B.R..

Pernahkah kalian hilang 'perasaan' kerana perasaan?

Perasaan marah, perasaan benci , perasaan dendam, perasaan menyampah, perasaan meluat, perasaan ini , perasaan itu, dan pebagai perasaan yang seolah-olah tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan sebenar kenapa kita sampai sebegini jadinya.Atau pernahkah sahabat mengalami seolah-olah timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan yang terbit dari hati?

Perasaan suka, perasaan sayang,perasaan kasih, perasaan minat ,perasaan malu bila terjumpanya, perasaan terasa ingin mengenalinya, atau lebih mudah kata perasaan cinta. perasaan yang kata orang, bila kita mengalaminya, seolah-olah dunia ini kita yang punya!
Kadangkala, kerna perasaan tertentu inilah, kita hilang 'perasaan'.

Kerana marahnya kita pada sesuatu, kita mengabaikan sesuatu yang lebih penting. Dan aku sendiri hilang sahabat, hilang kawan kerana perasaan. Ada antaranya kerna salahku sendiri untuk direnung kembali namun yang lebih aku sesalkan jika ia datang dari kawan atau sahabat yang istimewa bagiku.
..
Kadang-kala, kerana perasaan kemarahan, kita abaikan perasaan kemaafan. Kerana perasaan dendam, kita lupa perasaan keampunan. sehingga mungkin hati ini ingin menjerit-jerit...


kata sahabatku padaku :
'Cukuplah apa yang kau dah buat padaku,x cukup lgi ke kau dh sakitkn hati aku.. putus sahabat, Aku peduli apa. Janji aku puas! Kau dan aku tiada apa-apa persahabatan lagi.'
'Aku rasa kau sudah sampai ke tahap tidak menghormati persahabatan kita, lebih-lebih lagi,aku rasa kau sekarang sangat mementingkan diri kau sahaja, cukuplah sampai di sini, aku tiada perasaan untuk bersahabat terhadap kau lagi'

Dan ini adalah sedikit pengalamanku menempuh perasaan yang menyebabkan aku hilang 'perasaan'. Sebahagiannya, sampai sekarang amat aku sesalkan, dan bila-bila aku terkenang kembali,terdetik seribu penyesalan tanpa satu pun kegembiraan.

Moga-moga kalian dapat mengambil manfaat darinya.

Ini kisah yang berlaku antara aku dan sahabatku. aku cume ingin kongsi pengalaman ini dapat memberi rakan-rakan sedikit panduan kelak...

Masalah timbul dalam persahabatan ini apabila perbezaan pendirian dan keegoaan masing-masing menjadi kayu ukuran menilai dan menafsir maksud kata 'persahabatan'. Aku menilai dan mendekatinya berdasarkan pendirianku yang lain dari normal biasa, namun kawan itu menilainya dari pendiriannya yang mungkin juga lain dari orang biasa.

Akhir kata, apabila dua daya yang berbeza bertembung, seperti api dan air yang bercampur, akan ada satu pihak yang sengsara dan satu pihak yang gembira, atau lebih teruk lagi, jika kedua-duanya merasa duka dan sengsara yang sama.

Katanya aku terlalu melampau dalam bersahabat sehingga lupa akan kata hormat, kerana aku terlalu melayan perasaan, aku hilang perasaan dan bermacam-macam lagi. Seolah-olah semuanya adalah salahku. Entahla... sampai sekarang aku masih merenung kembali tindakanku.

Namun kerana perasaan ego yang menggunung tinggi, perasaan kemaafan dan pertimbangan di letak jauh dari sudut hatinye. Dengan harapan, tidak akan ia menjengah lagi.mungkin die berharap agar perkara ini tidak akan berlaku. Cuba memadamkan memori buruk ini tanpa cuba mengambil hikmah yang ingin Tuhan sampaikan.

hari tu aku cuba SMS bagi menyampaikan rasa sesal dan maafku diatas kesalahan yg leps, namun mungkin baginya ini adalah seratus peratus salahku, aku yang harus menerima akibatnya. Dan, sehingga kini, masih tidak hilang rasa bersalah dari diri ini,setiap hari hati kecilku bertanya,

'Apa salahku?', begitulah persoalan yang kerap kali menghantui dan bermain-main di mindaku sehingga aku hampir-hampir hilang 'perasaan' lantaran tindakanku yang disalah tafsir oleh sahabat ini.

Aku cuba dapat berharap agar putaran masa dapat membantuku meredakan dan mematangkan diri sahabatku ini. moga-moga pintu kemaafan itu dapat kucari kuncinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun.dan pesanku kepada sahabatku sekalian khususnya diri ini dan dirinya..

"Kita mungkin boleh berkata kita memahami tapi ianya tidak akan sama sampai masa kita 'mengalami, jangan kerna berbeza pendirian dan terlalu ikutkan perasaan, kita abaikan kehormatan dan 'perasaan', melupakan tujuan dan harapan, semuanya kerana perasaan"

Renung-renungkanlah...

Khas untuk sahabatku, walaupun baginya aku bukanlah seorang yang dikatakan 'sahabat' yang dikatakan. Semoga kemaafannya yang sebenar dapat kukecapi.


wassalam...
by fazlynazmi

Ku Pelajari Erti Redha dan Sabar..

Ku Pelajari Erti Redha dan Sabar


Rasanya macam sukar nak menulis kembali. Mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang Awal bulan Oct hinggalah sekarang ini adalah hari-hari yang terlalu sukar untuk saya. Hari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan.Bayangkan sepanjang hari – hari yang saya lalui terlalui sedih untuk dikenang. Ibaratnya dugaan saya selama ini adalah saya sedang membina sebuah istana pasir yang cukup cantik di tepi pantai. Saya jaga istana pasir itu, saya bina ia mengikut kehendak alam, dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan mana-mana bahagian yang telah lengkap. Saya mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari membina istana itu tanpa tidak pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerana ia dibina di tepi pantai. Fenomena itu sememangnya saya tahu. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ombak hidup mengikut aturan sang Pencipta. Akhirnya istana pasir yang saya bina musnah jua dipukul ombak besar. Saya ingin menangis kerana istana pasir itu telah musnah kerana penat lelah saya membina dan menjaganya selama ini. Masakan usaha berhari-hari saya musnah dalam masa tidak lebih seminit. Sekelip mata. Begitulah ibarat peristiwa yang saya lalui.

Ujian itulah kehidupan
memang pada mulanya saya tidak mampu untuk berdepan dengan masalah tersebut. saya rasa kecewa, putus asa, marah dan hilang arah... namun, Alhamdulillah... saya tidak lama berada dalam keadaan sebegitu. Ianya bermula apabila saya mendengar ceramah membincangkn topic "sabar" hati saya menjadi tenang dan lega...
Tiba2 hatiku menangis... kenapa?? Kerana saya malu, saya marah pada diri saya... malu kerana saya tidak berfikiran positif sewaktu menerima ujian dari-Nya. marah kerana tidak sanggup menempuh ujian yg Allah berikan pada saya. Sedangkan saya tahu bahawa Allah menguji hambanya yg disayangi, dan Allah menguji hambanya mengikut kemampuan diri seseorg itu. Sepatutnya saya menerima ujian-Nya dengan Redho kerana dengan itu saya mengetahui bahawa Allah masih ingat kepada saya dan kerana ingatan-Nya kepada saya, maka dia memberikan ujian kepada saya untuk saya menjadi lebih matang dan kuat bagi menempuh onak liku kehidupan yg akan datang. Sememangnya benar bahawa bukan mudah untuk kita merasai Redho itu jika kita sendiri tidak mampu untuk melakukannya. Cakap memang senang... org selalu nasihatkan " Redholah dengan ujian yg diterima".... Tapi bolehkah kita Redho?? Hanya kita yg tahu... sejauh mana kita menerima ujian dan cabaran tersebut.

Alahamdulillah juga... dengan ujian yg deberikan kali ini.. saya benar2 mengenali erti REDHO... dan saya juga telah mendapat ketenangan yg belum pernah saya rasai sebelum ini. Berzikirlah... itu yg akan membuatkan hati sentiasa berbunga riang... Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana telah memberikan saya ujian yg dapat mematangkan saya dan dapat mendekatkan diri saya kepada-Nya. Sesungguhnya dia yg maha mengetahui tentang sesuatu perkara...

Cabaran dan dugaan mematangkan seseorg... hadapilah ia dengan tenang dan berfikiran positif. Ingatlah bahawa Allah sayangkan kita. Kerana itulah dia menguji kita... wink wink

semoga segala ujian dan dugaan yang ditempuhi sedikit sebanyak dapat menggugurkan dosa-dosa kita yang lalu.....jika pengharapan kita diletakkan hanya pada Allah dan bukan pada manusia atau benda lain,insyaAllah apabila ujian itu terjadi,kita masih lagi mampu tersenyum kerana kita masih punya Allah sebagai tempat kebergantungan...dan jika kita mengatakan yang kita meletakkan Allah di tempat yang tertinggi,janganlah sekadar di bibir sahaja,lakukanlah ia dengan perbuatan.kerana jika hanya pada bibir sahaja,apabila ujian itu sekali lagi ditimpakan kepada kita,kita akan melatah sama saperti dulu juga..... segala yang baik itu dari Allah,segala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sebagai hamba biasa.
sekadar mahu berkongsi..

Terima kasih sahabat..=)

Buat Sahabatku..

Terima kasih sahabat (kau tahu ini untukmu!)

kelmarin aku rebah di ribaan mu bersama-sama hati yang gulana terluka dan sisa-sisa kekuatan yang ada terima kasih sahabat kerana memberi penghormataan itu untuk aku menumpang kegagahanmu mencuri semangat di ribaanmu

semalam aku terjatuh lagi di sisimu dengan duka lara jiwa yang semakin resah dengan doa dan harapan yang kian sirna terima kasih sahabat kerana menarik pulang akal warasku saat aku mula merungut rintih, mencongak kira betapa tidak adilnya takdirku dan dunia

hari ini aku masih belum pulih dan aku masih mencari sisimu sahabat menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu terima kasih sahabat kerana beban yang kutimbun buat mu ini masih kau tadah kumpul dalam hatimu gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum

terima kasih sahabat... buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini buat setiap saat waktu yang terbazir untuk mendengar keluh kesahku buat setiap tutur kata dan pujukan untuk buat hati kerasku menerima takdir ilahi

terima kasih aku buat tuhan kerana meminjamkan aku seorang sabahat seperti kamu doaku tuhan janganlah Kau bebani sahabatku ini dengan musibah yang Kau uji untukku sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku untuk menjadi sahabat seteguh dia kala dia ditempatku dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini tuhan dengan kasih sayang dan rezekimu aminnn... buatmu sahabatku...aku sayang kamu!

KU SERAHKN SEPENUHNYA PADA ILLAHI..

KU SERAHKN SEPENUHNYA PADA ILLAHI..

Ya Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini, Engkau maha tahu atas apa yang menimpa diriku.. aku tak ingin kehilangan cintaMu, namun Engkau juga tahu.. hatiku tidak mampu mengusir pesona keindahan seorang makhluk yang Kau ciptakan, saat ini, hamba sangat lemah berhadapan dengan tarikan dunia.

Ya Ilahi, Ya Ilahi, berikan padaku cawan kesejukan, untukku meletakkan embun-embun cinta.. yang menitis dalam dinding hatiku ini, Ilahi..tuntunilah langkahku, pada garis takdir yang paling Engkau redhai.. aku serahkan hidup matiku untukMu


~INSAN BERNAMA TEMAN..~

~INSAN BERNAMA TEMAN..~

Ketika diri mencari sinar,secebis cahaya menerangi laluan,ada kalanya langkahku tersasar tersungkur di lembah kegelapan.. Bagaikan terdengar bisikan rindu mengalun kalimah menyapa keinsafan,kehadiranmu menyentuh kalbu menyalakan obor pengharapan....
"Tika ku kealpaan,kau bisikkan bicara keinsafan,kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan.....Saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan,saatku meragukan keampunan Tuhan kau katakan rahmat - Nya mengatasi segala..."
Menitis air mataku keharuan kepada sebuah pertemuan,kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan.. Cinta yang semakin kesamaran kau gilap cahaya kebahagiaan,tulus keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasih- Mu , oh Tuhan...
"Titisan air mata menyubur cinta dan rindu pun berbunga,mekar tidak pernah layu damainya hati yang dulu resah keliru,cintaku takkan pudar diuji dugaan mengharum dalam harapan,moga kan kesampaian kepada Tuhan, lantaran diri hamba kerdil dan hina..."

~Syukurnya sungguh dihati ini dikurniakan teman sejati menunjuk jalan dekati -Nya tika diri dalam kebuntuan... Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri mengajarku mengenal erti cinta hakiki yang abadi... tiada yang menjadi impian selain rahmat kasih-Mu Tuhan yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan bernama teman....~ =)

Monday, November 16, 2009

Dia hadir dalam hidupku..

Dia hadir dalam hidupku..
Alangkah bahagianya


Dulu
aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.

Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku...

Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.
Kekasihku Allah...

http://brogilbert.org/islam_christianity/islam_allah.JPG

~kesyukuran...~

kesyukuran...


Assalamualaikum W.B.R..

"manusia ni selalu minta lebihkn x pernah bersyukur ape yg die ade..."
x dapat ku lupa kata sahabatku,yg menyatakan mengenai kesyukuran..ape kte faham makna kesyukuran,macam mana kte nk thu yg kte syukur dgn ape yg kte ade...manusia susah sgt nk bsyukur,kngkadng dri ini pon x bsyukur ape yg ade..selalu mngharapkan bnda lain yg belum mnjadi milik kte,aku ade terbaca 1 firman allah yg mengatakn :
"kalau aku uji dgn kesusahan,kau tidak mahu bersabar,dan kalau aku uji kau dgn nikmat,kamu tdak mahu bersyukur,maka nyahlah kmu dri bumi dan langit allah ini
dan pergilah mencari tuhan yang lain..."


SAPE YANG DAH RASA NIKMAT ALLAH??


Ya! NIKMAT ALLAH...Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.
Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.

allah kurniakan besarnya nikmat mempunyai sahabat...

dlm bersahabat bukan sahaje hanya perlu menerima, tp perlu belajar utk memberi... bukan sahaje hanya mnunggu utk di datangi, tapi perlu bijak utk mndatangi...
sobsobreal sadbukan juga untuk mencari salah, tp berusaha memperbtulkan kesalahan... comfort
ukhwah yg d bina bukan utk sementara, tapi insya-ALLAH hingga nafas yg t'akhir..

2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up

KITA TERLUPA,DILUPAKAN,ATAU MELUPAKAN??

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

Wallahualam...

Saturday, November 14, 2009

kesilapnku...

ya allah,telah ku hulur tgn putih ini utk meleraikn masalh..tpi ku dibals dgn tamparan hebat yg menyakitkn disbbkn hnye 1 kesilapnku...


kata2 semangat dri kawan-kawanku...
"disuatu hari nti,dikau jadilah seorg pemaaf krn allah sgt menyayangi org yg menghulur kn kemaafn...."memng tidak wajar shabt kmu menjauhkn dri dri kamu krn hnye 1 kesilapnmu, dimana die letak kebaikn yg telah dikau hulur selama ini???

sahabtku,jgnlah hnye dgn 1 kesilapanku itu telah berjaya menutupi segala kebaikn yg telah ku beri pdamu dulu..dri ini telah cuba sedaya lemah utk memprbaiki kesalahn diri,tpi dikau hina dri ini seolah2 dri ini x bermakna dlm hdupmu lgi... dri ini meminta peluang ke-2 bkn la ingin menyakit htimu lgi,dri ini x la sebodoh yg kmu sngka..akn melakukn ksilapn b'ulngkali... dri ini pon dpt fikr mana salah and mana btul..
prcayalah dlm dunia ini semua tdk dpt lari dri melakukn kesilapn sme ada sesama manusia atau pda pencipta..

semalam ade ku tbaca 1 buku 'don't be sad' motivasi..
~Al-Hasan Bin wahad berkata : syaitan amat membnci hbngn persahabatan,krn hbngn itu telah mendekatkn hati sesama insan,syaitan berusaha memutuskn prsahabatan itu dgn kemarahn, prbuatan yg tiada kemaafn.. dlm dri seorg sahabat,bnyk kekurangn yg ade pdanya.. tpi pda mula prtemuan kte hnye nmpk sepenuh kebaiknnye,sehinggakn kte alpa dn tdk tfikr utk menilai keburuknnye..apabila syaitan cube memishkn 2 shbt,die telah membri musibah agar bpishlah 2 shbt, dn menyurh menilai keburukn seseorg, krn kburukn lah 1 kelemahn dlm dri manusia.... hnye kburukn plbagai sngkaan buruk thdap seseorg,kmudian timbulah prassaan bnci dn sebagainye..
tpi,jgn kte lupa allah lebh bkuasa dri semua itu,dlm dri setiap manusia allah kurniakn hti yg lembut dlm menghulurkn kemaafn..jgnlah tlalu sush utk mnghulurkn kemaafn sdngkn allah sndiri adalah maha pengampun dosa2 org..dgn kemaafn dpt ubah segala sngkaan buruk tntng sbuah psahabatn,allah amat menyayngi sebuah ikatan prsahabatn..jgnlah bsush hti allah akn membntu dlm menyelesaikn,kawal segala godaan syaitan jgn smpai die menguasai drimu...~
(diantara hak2 yg mulia dlm dri adalah bsedia memaafkn kesalahan shabatmu,dan
tutuplah matamu diatas kekurngn dn kesilpnye thdap kmu..)

"kita kena lupakn keburukan teman kita...sebaliknya, mengingati kebaikan mereka..
klu kita nk tegur teman, tegur dgn bijak n saksama...jaga hti mereka...jgn dpn mereka..
"

Friday, November 13, 2009

KEHADIRANNYE MENYINARI HIDUPKU..

KEHADIRANNYE MENYINARI HIDUPKU..

Dengan izin-mu YA ALLAH, hadirkanlah kebahagiaan yang abadi, kau bantulah diriku mencari ketenangan, Kupohonkan petunjuk Illahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Ya Allah, Berikanlah daku kekuatan, Hanya cinta-Mu yang kuharap, Hanya kasih-Mu yang kudamba, Andai dia, Sang putra yg KAU utuskan buat perantaraan, Aku terima dengan redha, Namun padanya ingin ku berpesan...

"Maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika cinta ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika masaku tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika ketaatan ini tidak sepenuhnya milikmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Namun jika insan lain dijadikan perbandingan, Kau tetap akan ku cinta, Hati ku tetap untukmu, Kau tetap akan ku taat, Masaku tetap untukmu, Jika kerna tidak dapat memiliki sepenuhnya, Lantas kau menjauhi, Aku redha, Kerna DIA mengatasi segalanya," Aku pasrah...

Andai ditakdirkan bersendirian sehingga ke akhir hela nafas, Kerna ku yakini, Cintaku pada-Nya adalah cinta azali, Kerna janji-Nya adalah janji yang pasti, Kerna DIA tak kan mempersiakan, Kerna DIA takkan mengecewakan, Lantas ku akur, Kubukakan hati, Ku luaskan minda, Ku terima sang hakikat dengan penuh ketenangan Sesungguhnya, Perjalanan hidup ini telah tertulis, Rentetan hayat ini telah tersurat Ya Allah… Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta untukku Relaku menjadi miliknya…


AMIN...........

Saturday, November 7, 2009

NOW I FEEL YOUR PAIN...

NOW I FEEL YOUR PAIN...

Assalamualaikum W.B.R...

Cuti semester semakin hampir..Kerinduan kat ibu ayah semakin menebal.Tiba-tiba saya teringatkan kata-kata ibu..Kira makan dalam la ayat yang dilontarkan....

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat ibu apabila mengetahui yg saya bergaduh dengan sahabat karib sy...(name dirahsiakn)

Alyn tahu itu salah ibu,tapi alyn kan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan gak, kan ibu?Kilas saya cuba mempertahankan diri.

Tetapi perbuatan kamu tetap menyakitkan hati orang..” kata ibu lagi cuba memberi pemahaman.

Alyn rasa tak, alyn tak kejam. Lepas minta maaf, semuanya settle” Kata-kata saya menyebabkan ibu kelihatan seperti berfikir. Mungkin memikirkan apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

Kalau begitu, alyn ikut cadangan ibu ni. Harap2 alyn akan faham maksud ibu nanti,ok..” Tanpa membantah saya pun setuju ajakn ibu itu.

kata ibu;“Begini, setiap kali alyn menyakiti hati orang, alyn ketuk sebilah paku ke dinding putih ini. Kemudian, setelah alyn meminta maaf, alyn cabut semula paku yang alyn ketuk itu!paham?”

Baik, ibu...” ku membalasnye

hmpir sebulan berlalu, kmi sama-sama menghadap dinding itu tersebut.

Tengoklah ibu, hanya 1 lobang je alyn tebuk itu pon dh ditanggalkn?” Ujarku dgn rse bangga kononnya...

Tak ramai pon orang yang alyn sakiti hatinye,seorg itu je...itu pon alyn rse die telah memaafkan alyn setelah alyn meminta maaf??

Betul,alyn sudah minta maaf dan die telah memaafkan alyn?? tapi sedarkah alyn…..?” kata-kata ibu terhenti seketika sehingga menimbul pelbagai persoalan....

Maksud ibu ape? balasku pernuh pertanyaan...

Cuba alyn tengok dinding ini?? 1 lobang yg sudah alyn tebuk.. calar dan ‘berkematu’telah buruk rupanye... Itulah hati sahabat alyn yang telah alyn sakiti. Walaupun alyn rse sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk yg alyn lakukn itu, masih berbekas di hatinye... Hati yang dilukai ada parutnya, sayang.…”kata2 ibu dgn kelembutanye,

aku terus merenung kearah lobang yg ku tebuk didinding itu... Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati sahabatku yang telah ku sakiti???psoalan itu mula bermain difikranku....aku merasa seolah2 aku telah menyakiti htiku sndiri...

Ya Allah..sepanjang 19 tahun ku diberikan nyawa,berapa ramaikah yang telah disakiti oleh hamba-Mu ini?disebabkn kekurangan dn kelemahanku...


Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji.


Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

sepnjang ku berbual dgn ibu; ibu bnyk membri pengajarn pdaku...akn ku cube sedaya yg boleh agar aku tidak akn menyakiti hti org lgi.....walaupon baru 1 org yg telah aku sakiti, tpi percyalah seleps kte2 ibuku itu, aku semakin merasa kesakitannye...kadng2 dri ni pon ade rasa terhina dgn perbuatan sndiri....
Ya ALLAH,apelah perasaan die sekarang...
aku ingin sgt tahuu.....:(



aku minta maaf sekiranye ayat2 ini ade membuat org terasa, tapi ikhlas niatku sebenarnya adalah untuk berkongsi isi hatiku..dn ingin meluahkn perasan yg selama ini bermain difikiran...
"izinkan lah aku mengubati lubang dihatimu yg telah ku tebuk itu.. walaupun tdak same seperti dulu,akn ku cuba walaupun sekali ni je..tiada ape yg ku harap dirimu,hnye ku pinta kau berikn lah aku peluang kedua utk ku tembus kesalahanku... kenangan x kn ku lupa walaupun sekejap,akn ku simpan sebagai kenangan terindah..."



Wassalam..
~harap dikau rasa ape yg ku rse~

aku amat memerlu kau..

aku amat memerlu kau

manusia adalah isan kerdil yg sentiasa cenderung melakukn kesilapan... berdampinglah kmu dgn insan2 yg mampu menasihatimu apabila kmu melakukn kesalahn.. serta insan yg mampu menerima tegurn apabila dia melakukn kesilapn...
kerana manusia itu diciptakn saling memerlu antara satu sama lain :)

jgnlah kau bersedih sahabatku..

jgnlah kau bersedih sahabatku..

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.



ikhlas dri
~fazlynazmi~

Friday, November 6, 2009

pemakaian wanita...

pemakaian wanita zaman sekarang...

etika berpakaian wanita sekarang amatlah boleh dikatakan dalam bahasa lembutnya tidak menepati Islam dan dalam bahasa kasarnya amatlah menjijikkan.

Allah berfirman " jagalah ahli keluargamu dan dirimu dari bahan bakaran api neraka. selagi seorang gadis itu atau wanita itu belum berkahwin bermakna tanggungjawabny
a adalah dibawah kedua orang tuannya, daan hendaklah dari kalangan ahli keluarga tersebut menyeru kepada perbuatan amalan makruf dan menjauhi amalan mungkar. justru kesedaran itu bermula dirumah bagaimana pentarbiyahan ibu ayah terhadap anaknya dan egitulah acuan anaknya bila dia dah besar nanti kalau Islam islam lah dia kalau yahudi maka jadi yahudilah dia dan kalau majusi maka majusilah dia."
Dalam hal berpakaian wanita ini Allah telah menjelaskannya dalm surahal-Nisa' sila rujuk.
Apakah kaum wanita tidak menyedari akan perihal ini sedang Allah telah menganugerahkan
mereka satu surah berbanding kaum lelaki. pemakaian wanita sekarang ini juga boleh dikatakan dipengaruhi unsur yahudi laknatullah alaih semenjak kejatuhan khilafah uthmaniah yang merupakan khalifah terakhir umat Islam. dan dari situ yahudi mulai menerapka sedikit demi sedikit elimen munkar dan terjadilah sebagaimana sekarang. untuk menyalahkan 100 peratus penjual dan pengiklan tidak boleh juga melainkan kaum wanita Islam ini perlu tahu adakah aku nak tayangkan bentuk tubuh aku kepada jantan lain dan sememangnya kalau dia berpakaian ala yahudi dan kafirin maka dia merupakan sebahagian daripada mereka maka neraka lebih utama baginya.

Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung.
.(Muhammad Zaim)