Wednesday, November 18, 2009

Terima kasih sahabat..=)

Buat Sahabatku..

Terima kasih sahabat (kau tahu ini untukmu!)

kelmarin aku rebah di ribaan mu bersama-sama hati yang gulana terluka dan sisa-sisa kekuatan yang ada terima kasih sahabat kerana memberi penghormataan itu untuk aku menumpang kegagahanmu mencuri semangat di ribaanmu

semalam aku terjatuh lagi di sisimu dengan duka lara jiwa yang semakin resah dengan doa dan harapan yang kian sirna terima kasih sahabat kerana menarik pulang akal warasku saat aku mula merungut rintih, mencongak kira betapa tidak adilnya takdirku dan dunia

hari ini aku masih belum pulih dan aku masih mencari sisimu sahabat menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu terima kasih sahabat kerana beban yang kutimbun buat mu ini masih kau tadah kumpul dalam hatimu gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum

terima kasih sahabat... buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini buat setiap saat waktu yang terbazir untuk mendengar keluh kesahku buat setiap tutur kata dan pujukan untuk buat hati kerasku menerima takdir ilahi

terima kasih aku buat tuhan kerana meminjamkan aku seorang sabahat seperti kamu doaku tuhan janganlah Kau bebani sahabatku ini dengan musibah yang Kau uji untukku sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku untuk menjadi sahabat seteguh dia kala dia ditempatku dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini tuhan dengan kasih sayang dan rezekimu aminnn... buatmu sahabatku...aku sayang kamu!

No comments:

Post a Comment