Monday, January 16, 2012

KISAH CINTA SAIDINA ALI DAN SAIDATINA FATIMAH



Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

"Allah mengujiku rupanya", begitu batin ’Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah. ’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

"Inilah persaudaraan dan cinta", gumam ’Ali.

"Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku."

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, "Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar". Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a, Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a "Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?"

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dengan tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: "Anda datang membawa berita apa?"

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: "Hai Ali engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Ku harap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu."

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: "Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah ku lupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa."

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: "Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!"

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Siapakah yang mengetuk pintu?" Rasul Allah s.a.w. menjawab: "Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!"

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: "Ya tetapi siapakah dia itu?"

"Dia saudaraku orang kesayanganku!" jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: "Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya."

Rasul Allah mendahului berkata: "Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!"

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: "Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?"

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: "Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: "Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?" .

"Demi Allah," jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang "Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta."

"Tentang pedangmu itu," kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib "Engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!" Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: "Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu."

"Ya Rasul Allah, itu kuterima dengan baik," jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
"Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda."

‘Ali terkejut dan berkata, "Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu?"

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu.”

Subhanallah. Lihatlah betapa agungnya CINTA Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Cinta yang dipendam dan dirahsiakan didalam hati masing-masing akhirnya menyatukan mereka berdua dalam sebuah ikatan yang suci. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui.


Anda mungkin juga meminati:

Tuesday, August 9, 2011


YA ALLAH , 
kuatkanlah hati ini untuk melupakan kenangan lalu yg dulu pernah menjadi milik ku ... tapi kini , tidak lagi .. ku ingin melupakan saat itu bukan kerana ku tidak menghargai kenangan itu tapi kerana ku sudah tidak mampu lg untuk bertahan ... berilah secebis ketenangan dihati ini YA ALLAH ... . 

Monday, June 27, 2011





CINTA.. 
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku ,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu ..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku ,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu ..
Andai saja kau JAUH dari diriku ,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku ..
Andai saja kau HILANG dariku ..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWA ku !

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatMU ... .
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku ..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan ..
Biar harta dan jasad terkorban ..
Kerana cinta ini yang ku damba !

Cinta..
Menyebut namaMU takkan pernah jemu ..
MengingatiMU takkan pernah lupa ..
MemujiMU takkan pernah rapuh ..
JanjiMU sentiasa teguh ..
Cinta sehidup dan selepas mati ..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita ..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu !!
Aku hidup kerana cinta itu !
AKu mati kerana cinta itu !

Cukup bagiku cintaMU ..
Itulah pelindung yang memeliharaku ..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku ..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku ..

ENGKAU yang selalu ada ..
ENGKAU yang sentiasa bersama ...
Saat suka dan duka ..
Aku cinta padaMU ....
Aku cinta pada takdirMU ..
Aku cinta pada jalanMU ..

Atas nama cinta ..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH , dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah .."
Atas nafas cinta ...
Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahu Akhbar ..
Jihad cinta buatMu ya Rabb ...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu ..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu ....
Amin Ya Rabbal Alamin ...

Saturday, June 18, 2011

DOA SEORANG KEKASIH ...

YA ALLAH ... 
seaNdainYa teLah ENGKAU catAtkaN , diA aKaN m'jAdi teMaN meNapAki hiduP iNi .. sAtukanLah hAtinyA dgN hAtikU , titipKanLah kebAhagiAaN diaNtaRa kaMi .. agaR keMesRaaN itU abAdi ......



YA ALLAH ,,
seaNdainYa teLah ENGKAU tAqdiRkaN .. diA bukN miLikkU , bAwaLah diA jaUh daRi paNdaNgankU ... LupUtkanLah diA daRi iNgataNku dN peLihaRaLah aKu daRi keKeceWaan ..... 
YA ALLAH Yg Maha MengeRti , 
beRikanLah aKu kekUataN meLoNtar bayaNgannYa jaUh kE dAda laNgit "hiLaNg b'saMa seNja naN meRah" .. agaRkU dPt baHagiA waLaupuN taNpa b'saMa dgNnyA ......

YA ALLAH  yg TERciNta ...
gaNtikAnLah yg teLah hiLaNg , tuMbuHkanLah keMbaLi yg teLah pAtah ...
(waLaUpuN tdK saMa dgN diRinYa .... .)
pasRahkAnLah aKu dgN tAqdiR-MU
sesuNgguHnyA aPa yG teLah ENGKAU taqdiRkaN
AdaLaH Yg TERbaiK buAtkU .......  ~

Thursday, June 16, 2011

LuaHaN hAti iNi .... .


kU haRap kAu cUba meMahaMi LuaHaN hAti iNi , yG iNgiN diciNtai .. kU haRap kAu daPat meNghAyati seNtuhAn jiWa iNi , yg iNgin disAyaNgi .... tiAda baLasaN , yg adA hNyaLah aLasaN ... tiAda jaWapaN , yg adA hNyaLah p'sOaLan .. .  dimNakAh, kejUjuRaN ? dimNakAh , kEtuLusaN ? dimNakAh , keiKhLaSaN ? dimNakAh, kejUjuRaN ?? .. kRn TUHAN hNya mahUkaN kejUjuRaN , keiKhaLasaN ciNtA .......... .



( Nowseeheart - Ku Harapkan Cinta )

BILA ....


bila hrapan x di endahkan , 
bila b'ulang kali di khianati , 
bila cinta xbrbalas dan bila kyakinan ini goyah , 
smuanya hilang .. hati yg dulunya mncintai , 
kini hnya tinggal hati yg x lgi berani utk mncintai , 
mnyanyangi & mmpercayai akn smua yg dikatakn .. 
kata2 yg kau semaikn telah kau racuni , 
hati yg setia ini telah d lukai , 
cinta yg aku anggap sngt pnting dlm hdup ini telah pn kau leraikan .. 

serasi ???? x wujud lgi p'kataan itu dlm hubungan kita ni ..








Saturday, May 21, 2011

itu adalah keredhaanNYA .....

Aku x perlu b'suSah payaH utk menaRik perHatian sseOrang meNyayangi menyiNtaikU ... BagikU , cukupLah dgN dOa yg ikhLas .. . SekiRanyA ALLAH mengabuLkan dOaku agaR hatinyA t'buKa utK meNyayangiku meriNduiku , makA itU adaLah keRedhaanNYA ... TaPi jika sebaLiknya , akU redHa dgn aPa yg teLah ditaKdirkan .. MuNgkin adA hikMahnyA .... MuNgkin jUga diA tidaK sesUai utKku , LaLu akU pOh0n agaR ALLAH mengHadirkaN iNsan yg Lebih bAik daRinya ...... . ♥