kesyukuran...
Assalamualaikum
"manusia ni selalu minta lebihkn x pernah bersyukur ape yg die ade..."
x dapat ku lupa kata sahabatku,yg menyatakan mengenai kesyukuran..ape kte faham makna kesyukuran,macam mana kte nk thu yg kte syukur dgn ape yg kte ade...manusia susah sgt nk bsyukur,kngkadng dri ini pon x bsyukur ape yg ade..selalu mngharapkan bnda lain yg belum mnjadi milik kte,aku ade terbaca 1 firman allah yg mengatakn :"kalau aku uji dgn kesusahan,kau tidak mahu bersabar,dan kalau aku uji kau dgn nikmat,kamu tdak mahu bersyukur,maka nyahlah kmu dri bumi dan langit allah ini
dan pergilah mencari tuhan yang lain..."
SAPE YANG DAH RASA NIKMAT ALLAH??
Ya! NIKMAT ALLAH.
Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.
Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?
Tepuk dada tanya iman.
dlm bersahabat bukan sahaje hanya perlu menerima, tp perlu belajar utk memberi... bukan sahaje hanya mnunggu utk di datangi, tapi perlu bijak utk mndatangi... bukan juga untuk mencari salah, tp berusaha memperbtulkan kesalahan...
ukhwah yg d bina bukan utk sementara, tapi insya-ALLAH hingga nafas yg t'akhir..
KITA TERLUPA,
Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:
"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".
"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"
Dan bahagian-
Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?
Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.
Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"
InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment