Wednesday, June 24, 2009



~ Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan air mata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya...

~ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf...

~ Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

~ Jika kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita
yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah membuat keputusan,
dia akan lakukan apa sahaja...

~ Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika...

~ Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,
cubalah menegur dia perlahan-lahan...

~ Jika kamu menyukai seorang wanita,
cubalah memulakan dengan persahabatan,
kemudian biarkan dia mengenali kamu dengan lebih mendalam...

~ Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu mengajak dia keluar,
tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat dengan kamu.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu
atau menunggu panggilan dari kamu,
teruskan usaha kamu untuk memikatnya.

~ Cinta bermaksud kesetiaan, keikhlasan,kejujuran
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
Semua wanita mengimpikan seorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati.
Senjata wanita adalah air mata!!
Mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...

No comments:

Post a Comment