Tuesday, January 12, 2010

khas utkmu kaum adam...

Wahai si gagah perkasa, pernahkah kau terfikir betapa aku takut, betapa aku risau apabila memikirkan sikapmu? Aku jadi takut, aku jadi risau apabila mengenangkan kisah teman-temanku yang kecewa dengan sikap segelintir dalam kalanganmu. “ Ada di antaramu yang goyang kaki di rumah, sedangkan kaumku keluar mencari rezeki dengan kudrat yang sedikit ini. Ada di antara kaummu yang terlalu cemburu dan kadangkala amat mengecewakan kaumku. Tidakkah kaummu terfikir, pada saat kaumku menerima kaummu sebagai suami, bermakna hanya itulah yang sepenuhnya bertakhta di hati. Kenapa kaumku menjadi mangsa cemburu kaummu yang buta? Ada di antaramu yang sanggup mengasari kaumku kerana sesuatu yang tidak benar di kala kaumku mengandungkan zuriat suaminya, dan kerana terlalu mengasihi kaummu, kaumku tidak akan sekali-kali tinggalkan kaummu walaupun telah dikasari…” Wahai si gagah perkasa, inikah yang patut aku kagumi? Wahai si gagah perkasa, itu satu kisah benar yang membuatkan aku takut untuk membina impian yang indah-indah. Yang membuatkan aku menangis mengenangkan nasibku yang mungkin terpaksa bersendirian sepanjang hayat kerana ketakutan itu. Aku tahu, dengan memilih untuk bersendirian, semakin terdedahlah aku dengan godaan syaitan. Mampukah aku melawan syaitan-syaitan itu dengan imanku dan akalku yang cuma satu? Mampukah aku bertahan dengan nafsuku yang beribu?

Perasaan ingin bercinta adalah fitrah manusia. Cinta itu adalah anugerah. Allah bekalkan setiap dari kita dengan perasaan cinta. Tahukah kau, si gagah perkasa, salahku atau salahmu jika kau ambil kesempatan di atas cinta yang Tuhan anugerahkan? Jika kau si gagah perkasa cintai aku, insan awek-awek, kenapa tidak kau pimpin tanganku ke SYURGA? Kenapa harus ke neraka? Kenapa tidak kau didikku dengan kebijaksanaanmu? Kenapa tidak kau nasihatiku, insan awek-awek seperti yang sebetulnya, dengan penuh kelembutan, sesuai dengan fitrahku? Kenapa tidak kau renung sedalam-dalamnya akan hal itu? Walau apa pun salahmu, kau tetap seorang manusia bagiku. Salahkah jika kau nasihatiku dengan kata-kata penuh keinsafan? Bukankah itu tuntutan agama? Aku, insan awek-awek merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad saw. Namun, mungkin aku tidak akan mendengar kata-kata seperti itu,kerana kau, si gagah perkasa kini bukanlah seperti Muhammad yang ku rindui…

::::fazlynazmi::::

Saturday, January 2, 2010

Biodata Iblis

Biodata Iblis

Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Saturday, December 26, 2009

Terima kasih BONDA...

Terima kasih kerana mengajarku pelbagai ilmu..
Terima kasih kerana menjagaku saat aku sakit..
Terima kasih kerana menjahitkan baju untukku,
Terima kasih kerana memasak lauk kegemaranku..

Terima kasih kerana menyekolahkanku..
Terima kasih kerana menyediakan keperluanku..
Terima kasih kerana merinduiku...
Terima kasih kerana mendoakanku..

Terima kasih kerana berada di sisiku..
di saat orang lain meninggalkanku..
Terima kasih kerana percaya padaku..
di saat orang lain menidakkan aku..

Walau aku banyak menyakitimu,
Walau aku banyak mengecewakanmu..
Walau aku memberi derita kepadamu..

Kau tetap menyayangiku,
dan memaafkan dosa-dosaku..

Terima kasih BONDA...

Friday, December 25, 2009

selamat hari lahir BONDA!!!

selamat hari lahir BONDA!!!
dri ini sgt sayangkan bonda...
semoga setiap langkahku dibawah restuMU...
aku b'syukur memperolehi bonda sepertimu, dikau mempertaruhkan nyawa supaya dri ini dpt hidup didunia....
bonda!!
segala kelemahanku dikau jaga,segala kelebihanku dikau agungkan..
dikau memperbetulkan kesilapanku yg lalu.. agar aku bdiri di dunia yg sebenar, tdk b'ada didlm kelompok bpura-pura...
bonda!!
kini dikau mengharapkn kejayaan pdaku.. tpi maaf bonda,
diri ini tdk b'kemampuan utk menunaikan impianmu itu!! dri ini msih tdk bupaya melangkah sejauh itu.. tpi diri ini sentiasa b'doa menjdi anak yg solehah, akn sentiase mengesat air matamu.. tlalu bnyk diri ini melukan htimu,maaf kan dri ini bonda..
bonda,
selamaku bjauhan darimu,hnya shabat sejati disisi ku.. itu lah shabatku SABRINA bonda!! die lah yg mengganti tempatmu bonda semasa ku b'ada di perantauan dlm
ku menuntut ilmu... dielah yg allah bri pdaku,agr dri ini tdk kaku b'diri didunia yg sebenar... b'tapa ku b'syukur kehadirannya bonda, tlalu bnyk isi hatiku yg telah ku kongsi pdanye...
die lah bonda,insan yg ku cerita selama ini pdamu...
dielah yg membuat anakmu menjadi seperti ini, dielah yg membri tahu pda diri ini tentang kehidupan hakiki... die lah yg mengajar diri ini tntang cinta sejati,hnya untuk illahi..
bonda!!
anakmu ini amat bsyukur bonda..segala yg ku miliki sgt bernilai..
anakmu sentiasa ingt pesan bonda....
sayang bonda....
25 december 2009

Aku Tinggalkan driMU Demi Allah

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran...
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai puteraku...Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.Jawab!!!!Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,Kerna jawapannya bukan di tanganmu, tetapi di tanganNya...
Di tangan Tuhan kita!! Allah Tuhanku dan Tuhanmu...
Gelisahku memikirkan dirimu dan ketakutanku memikirkan Tuhanku..
Aduhai puteraku,
Maafkan aku...Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu...Jemput diriku pabila waktunya tiba..Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia...Akan kucipta cinta bersama Dia,sebelum kucipta cinta antara kita...
Jadilah dirimu kumbang yang hebat dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar...Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang...Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti..dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.[Ad dhuha: 4 & 5]
Untuk itu,aku tinggalkan dirimu padaNya..Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus....
usah bersedih atas perpisahan sementara ini..jika benar kau tercipta untukku, tiada apa yang dapat menghalangnya..sebelum saat itu tiba,berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan mohonlah padanya dengan penuh mengharap...
Beruntunglah kamu!
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita...Allah memilihmu sayang!!Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini....Dan tika kamu merasa lemah,Mohonlah kekuatan dari-Nya..Allah itu dekat yakin pasti...
~sYg,KauLa MuTiArA t’PiLiH..JaGaLaH KiLaUaNmU sYg,JgN RoSaKkN KiLaUaNmU SeBeLuM yG HaLaL iNi TiBa...:)~

Wahai sahabatku

Wahai sahabatku...
p’shbtn yg t’bina antara kita b’dua ibarat istana dipadang pasir,sukar d'cari tetapi mudah dracuni.kehadiran kamu sebagai shbtku mengajarku erti kehidupan yg sebenar.p’shbtn yg sejati adlh p’shbtn yg b’landaskn keimanan kpd ALLAH SWT,keluhuran hati yg itu,kesetiaan yg abadi dan pengorbanan yg meruntun jiwa..sahabat yg setia pasti akn m’bantu dn mengajar shbtnya meneroka dan menuju cahaya keimanan...
khas utkmu sahabatku..^_^
terima kasih krn membri aku peluang menjadi sahabatmu...

KENANG KESILAPAN SILAM..

LALAI
assalammualaikum
kdg2 sebagai manusia kita sentiasa lalai..lalai dlm apa jua perkara yg telah dan ingin kita lakukan...maka saya sentiasa ingatkan diri saya dan setiap dipenghujung malam apa kesilapan yg telah saya buat?apa kebaikan yg tlah sy buat?adakah saya sakiti hati sesiapa pd hari ini?...oleh itu, bg saya ape2 pun kesilapan dtg dr diri kita..atas kite nak perbetulkannye atau tidak..Allah S.W.T. telah mengurniakan akal utk kita bezakan mana yg baik n mana yg buruk..jd kita gunakannya dgn sebaik mungkin..
Kdg2 ape yg Allah S.W.T kurniakan itu tidak tepat dgn kehendak kita,itu Ujian...Allah telah berfirman.“Apakah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan, dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta” ( surah al - Ankabut ayat 2 – 3 ) oleh itu,marilah kita suburkan kehidupan dengan kemuliaan....
Wassalam...