Tuesday, January 12, 2010

khas utkmu kaum adam...

Wahai si gagah perkasa, pernahkah kau terfikir betapa aku takut, betapa aku risau apabila memikirkan sikapmu? Aku jadi takut, aku jadi risau apabila mengenangkan kisah teman-temanku yang kecewa dengan sikap segelintir dalam kalanganmu. “ Ada di antaramu yang goyang kaki di rumah, sedangkan kaumku keluar mencari rezeki dengan kudrat yang sedikit ini. Ada di antara kaummu yang terlalu cemburu dan kadangkala amat mengecewakan kaumku. Tidakkah kaummu terfikir, pada saat kaumku menerima kaummu sebagai suami, bermakna hanya itulah yang sepenuhnya bertakhta di hati. Kenapa kaumku menjadi mangsa cemburu kaummu yang buta? Ada di antaramu yang sanggup mengasari kaumku kerana sesuatu yang tidak benar di kala kaumku mengandungkan zuriat suaminya, dan kerana terlalu mengasihi kaummu, kaumku tidak akan sekali-kali tinggalkan kaummu walaupun telah dikasari…” Wahai si gagah perkasa, inikah yang patut aku kagumi? Wahai si gagah perkasa, itu satu kisah benar yang membuatkan aku takut untuk membina impian yang indah-indah. Yang membuatkan aku menangis mengenangkan nasibku yang mungkin terpaksa bersendirian sepanjang hayat kerana ketakutan itu. Aku tahu, dengan memilih untuk bersendirian, semakin terdedahlah aku dengan godaan syaitan. Mampukah aku melawan syaitan-syaitan itu dengan imanku dan akalku yang cuma satu? Mampukah aku bertahan dengan nafsuku yang beribu?

Perasaan ingin bercinta adalah fitrah manusia. Cinta itu adalah anugerah. Allah bekalkan setiap dari kita dengan perasaan cinta. Tahukah kau, si gagah perkasa, salahku atau salahmu jika kau ambil kesempatan di atas cinta yang Tuhan anugerahkan? Jika kau si gagah perkasa cintai aku, insan awek-awek, kenapa tidak kau pimpin tanganku ke SYURGA? Kenapa harus ke neraka? Kenapa tidak kau didikku dengan kebijaksanaanmu? Kenapa tidak kau nasihatiku, insan awek-awek seperti yang sebetulnya, dengan penuh kelembutan, sesuai dengan fitrahku? Kenapa tidak kau renung sedalam-dalamnya akan hal itu? Walau apa pun salahmu, kau tetap seorang manusia bagiku. Salahkah jika kau nasihatiku dengan kata-kata penuh keinsafan? Bukankah itu tuntutan agama? Aku, insan awek-awek merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad saw. Namun, mungkin aku tidak akan mendengar kata-kata seperti itu,kerana kau, si gagah perkasa kini bukanlah seperti Muhammad yang ku rindui…

::::fazlynazmi::::

No comments:

Post a Comment