Thursday, December 17, 2009

IBU..

KASIHNYA SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU..

Akhirnya...aku balik jua ke kampung menemui ibu tersayang..tak sabar menunggu saat itu..rindunya aku pada ibu tak dapat tertahan rasanya..jika ketika ini hanya mendengar suaranya dicorong telefon tapi itu tidak memadai...Kerana wajahnya tidak dapat ana lihat..Bila rindu gambarnya jadi penawar hati...Ingat lagi, ketika ana menelefonnya...mendengar suara cerianya katanya: "ibu tak sabar tunggu kamu balik.ibu nak dengar cerita dari kamu ketika berada di sana...ibu pun banyak yang nak diceritakan pada kamu...Ok,jaga diri dan tabah hadapi hidup kamu.ibu selalu doakan kamu ...ibu rindu kamu...

"Sayang ibu jua...Kataku, "lyn pun doakan ibu sentiasa dalam rahmat-Nya dan selalu bahagia.."

Teringat satu perkara telah berlaku pada ibu. aku lihat dia menangis tapi bila aku datang dia mengesat air matanya...Bila aku tanya mengapa dia menangis dia selalu cakap perkataan yang sama.."Tak de apa yang berlaku cuma ibu sakit mata je..."

Hatiku tak puas hati bila itu saja jawapan yang diberi.Rasa sakit sangat hati ni bila ada orang sakitkan hatinya.Walaupun ibu cakap tak de apa2, tapi hati ini tetap rasakan pasti ada perkara yang dia sembunyikan...cuma ibu tak nak aku jadi marah..

Selalu ibu nasihat kepadaku:

"lyn,dekat luar sana banyak cabaran yang akan kamu tempuhi tapi ibu nak ingatkan walaupun apa pun yang kamu akan tempuhi jangan sesekali kamu cepat berputus asa kerana bila kamu berputus asa ramai yang bersorak dengan kegagalan kamu.Teruskanlah selagi berdaya kerana Allah sentiasa bersama kamu...Di mana saja kamu berada pasti Allah melihat..Allah itu lebih mengetahui segala-galanya,"

aku setia mendengar bicaranya dan setia duduk menemaninya keseorangan...

Suka melihat dia tersenyum..suka melihat dia ketawa..Hilang segala duka bila melihatnya gembira..

Wahai sahabatku,

Gembirakanlah hati ibumu...walau hanya secebis kata-kata yang amat bermakna, katakanlah....hilangkanlah egomu hanya pada orang tuamu saja.. katakanlah sayang pada wanita yang bergelar ibu,mama,mak,ummi,mummy,mom,bonda dan macam2 lagi....Nescaya kata-kata itu akan mereka sematkan dihati mereka dan takkan hilang dek ketuaan mereka kerana apa?Kerana kata-kata itu lahir dari bicara anaknya yang dicintai...Itulah kasih wanita yang bergelar ibu,mama,mak,ummi,mummy,mom,bonda.....

Pernah ibu ku ingatkanku suatu perkara satu hari dulu..katanya:

"Syurga seorang anak di bawah tapak kaki seorang ibu.Jika redha ibu itu terhadap anaknya maka disitulah redha Allah.Tetapi bila seorang anak perempuan sudah berkahwin maka kamu mesti ingat hajar...Syurga seorang isteri adalah suaminya.Lihatlah,diluar sana mengapa ada suami isteri bergaduh dan hidup dalam kucar kacir kerana isterinya tidak menghormati suami sendiri.Sentiasa menyumpah suami..nikmat perkahwinan sudah tiada dalam rumahtangga mereka."

Banyak yang ibu nasihat padaku..jika ingin tulis dalam blog ni takkan habis..aku bersyukur anugerah ibu yang penyayang kerana itu aku sentiasa ingin sepertinya...Bila hadapi masalah, ibu akan selesaikan tanpa bantuan sesiapa kerana dia pasti Allah sentiasa menolongnya...Itulah ibu yang aku sayang sangat...!!

Hidup ibu sentiasa dalam kesedihan tetapi dia tak pernah menunjukkan kesedihannya...ibu pernah bertanya,

"lyn sayang ibu tak?"aku memandangnya dengan senyuman...Tapi mengapa dia bertanya dengan tiba2,otak ni ligat berfikir.. Aku jawab..

"Mestilah lyn sayang ibu.."jawabku."fazlyn..."katanya terhenti..Aku faham bila dia sudah panggil dengan nama penuh maknanya mesti perkara yang penting akan mama katakan...Dia tak mahu aku macam budak-budak kecil lagi..

"Kamu tahu fazlyn..Jika kita sayang seseorang itu pasti suatu hari nanti orang itu akan tinggalkan kita.Tidak kira orang itu tinggalkan kita sebab kematian atau menyakitkan hati kita...Yang pasti ia tidak akan kekal.Jadi kamu mesti bersedia untuk rasa ditinggalkan.Jika kamu bersedia untuk memberi kasih sayang kamu pada seseorang,kamu jua bersedia untuk kehilangannya.Hidup ibu pun bukannya lama lagi.Kamu mesti cari sebanyak mana pun ilmu untuk bekalan kamu jua.. Matang dalam hadapi masalah."

aku hanya diam tanpa kata-kata.Hati ini dipagut pilu dek kata-kata ibu.Apa akan aku buat kalau ia terjadi betul..

"ibu..dalam dunia ni tak ada ke, kasih sayang yang kekal selama lamanya?" aku menyoalnya.

"Kalau kamu nak sentiasa disayangi..Kamu cintailah Allah.Pasti kamu akan dicintai ramai..."

Begitulah ibu..dialah ibu, dialah jua sahabat, dia jua penasihat...Bagaimana pula kalian sudahkah lafazkan SAYANG PADA WANITA YANG BERGELAR IBU , MAMA ,MAK ,UMMI, MUMMY , BONDA ,MOM....

1 comment:

  1. Salam Fazlin,

    tersentuh hati ibu yang seorang ini.. alhamdulillah, indah kata2, mudah2an kekal menjadi anak solehah.

    ReplyDelete