Monday, September 7, 2009
Aku dan kamu...
Dalam sebuah pertemuan takdir yang Esa
Aku mengenalimu
Mata kita bertemu
Keperibadianmu memaut hatiku...
Dari situ aku mula merasakan sesuatu...
Dari rasa ingin mengenalimu...
Terpancar perasaan menyanyangimu...
Dari rasa sayang ku kepadamu...
Lahirlah rasa kasihku kepadamu kekasih...
Hadirnya perasaan kasih dalam jiwaku...
Membuat aku mengerti perasaan bagaimana aku menyanyangimu...
Tanpa rasa sayang dan kasih aku tidak mungkin akan mencintaimu...
saat ini.. Cintaku kepada mu adalah sebuah cinta yang tulus suci...
Cintaku kepada mu bukan cinta yang mengandungi kemurkaan ALLAH..
Tapi cintaku kepada cinta bersulam cinta kepada ALLAH yang Esa...
Ya Allah seandainya dia ditakdirkan menjadi milikku...
Jadikanlah aku menjadi miliknya sehingga akhir hayatku...
Jadikanlah aku pasangan dan bidadarinya disyurga...
Semaikanlah kasihku,cintaku,rinduku dan sayangku kepadanya seluas lautan... Semaikanlah cintanya,kasihnya,rindunya dan sayangnnya terhadap ku seindah dan seharuman syurga...
Peliharalah cintaku dan cintanya antara kami...
Semoga cinta kami bersatu dalam ikatan pernikahan...
Restuilah hubungan kami YA ALLAH supaya menjadi pertalian halal...
Berkatilah kami YA ALLAH dalam meneruskan syariatmu...
YA ALLAH
Seandainya dia ditakdirkan menjadi kekasihku,
Maka Pelihara cintaku kepadaMu agar tidak melebihi cintaku kepadaMU...
Jadikanlah cintanya kepadaku sebagai cintanya kepadaMU menigkatkan ketaqwaannya...
Sunday, August 30, 2009
You never said goodbye, someone tell me why...
Did you have to go, and leave my world so cold.......
Everyday I sit and ask myself how did love slip away, something whispers in my ear and says...
That you are not alone, for I am here with you
Though you're far away, i am here to stay.......
You are not alone, i am here with you, though we're far apart,you're always in my heart,
You are not alone.........
Just the other night, i thought I heard you cry
Asking me to come, and hold you in my arms....
I can hear your prayers, your burdens I will bear, but first I need your hand
Then forever can begin.....
Everyday I sit and ask myself how did love slip away, something whispers in my ear and says.......
That you are not alone, for I am here with you
Though you're far away, i am here to stay.......
You are not alone, i am here with you, though we're far apart, you're always in my heart.....
You are not alone.........
Thursday, August 6, 2009
Buatmu,
Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Dariku,
Bakal isterimu
Sunday, July 19, 2009

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan...
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Tuesday, July 7, 2009
HANYA SATU KATA YANG BISA AKU UCAPKAN…
”ALHAMDULILLAH” satu orang paling berpengaruh di dunia muzik,memutuskan menjadi Saudara seiman Kita….dan menjadi hamba yang insyallah…bertaubat kepada – Nya.
Hentikan sentimen negatif dari hal ini, karena mekaeel menjalankan kehidupannya berdasarkan nuraninya sendiri dan memilih kepercayaannya adalah bisikan Nur Illahi…yang menderu…agar dia dapat menjemput hidayah Allah SWT.
Dan ALHAMDULILLAH michael jackson berpulang dalam keadaan Islam! Semoga rahmat dan ridho Allah…menyertai kepergiannya,dan diampunkan segala perbuatan dosa-dosanya semasa hidup...
limpahkan rahmat kepadanya
hapuskanlah kesalahannya
muliakanlah tempatnya
dan lapangkanlah pintu baginya
maafkanlah segala kekhilafannya
Amiin.....