Saturday, June 27, 2009

yeaaaaa,mood bollywood dh dtg blik....
hehehehe....


RANI MUKHERJEE IS BACK



Yash Raj Films’ next release, DIL BOLE HADIPPA, is a romantic comedy set in Punjab which brings together for the first time Rani Mukherjee and Shahid Kapoor. It is the story of a girl who has to become a man to fulfil her dreams.




first time rani with shahid kapoor..


The first look of DIL BOLE HADIPPA is now out! The movie has Rani Mukherjee in a completely new look as the latest sardar in town.The versatile Rani, having played several demanding roles over the years, now takes on the challenging role of a sardar who, though from a small village, dreams in 70mm in this full-on musical romantic comedy entertainer based in Punjab.


Mike Stringer, who was responsible for all the disguises in DHOOM 2, was specially flown in from London to design her look for the film. The costumes have been designed by Manish Malhotra. The film, directed by Anurag Singh and produced by Aditya Chopra, stars Shahid Kapoor, Rani Mukherjee, Anupam Kher along with Rakhi Sawant & Sherlyn Chopra and others and is slated to release worldwide on 18th Sept 2009.

Wednesday, June 24, 2009



~ Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan air mata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya...

~ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf...

~ Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

~ Jika kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita
yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah membuat keputusan,
dia akan lakukan apa sahaja...

~ Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika...

~ Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,
cubalah menegur dia perlahan-lahan...

~ Jika kamu menyukai seorang wanita,
cubalah memulakan dengan persahabatan,
kemudian biarkan dia mengenali kamu dengan lebih mendalam...

~ Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu mengajak dia keluar,
tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat dengan kamu.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu
atau menunggu panggilan dari kamu,
teruskan usaha kamu untuk memikatnya.

~ Cinta bermaksud kesetiaan, keikhlasan,kejujuran
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
Semua wanita mengimpikan seorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati.
Senjata wanita adalah air mata!!
Mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...

Tuesday, June 23, 2009


Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

salam..
klo anda terlalu sayang sgt2 dkat seseorang tu,
JANGAN sesekali meluakan perasaan dkat si dia mahupun
meluahkan dkat kawan2 yg laen....
cara yg terbaek ialah menyimpan perasaan itu di dalam hati,
dan berdoapray kepada ALLAH semoga dijodohkan dengan die(bagi kes orang yg terlampau suke)

tapi,
anda mesti ingat,
JODOH ditangan tuhan...
klo bercaple ngan si dier selame 10 tahun pun,
tapi klo jodoh bkan dengan dier?
x kan bersame jgak kan???

so,
kite serahkan saje semua ini kepada ALLAH.
wsalam.

lelaki idamanku..

TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS
ANDAI DIRI TAK SEHEBAT SULAIMAN

MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSOF
JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA

TAK PERLU MENGHARAPKAN TEMAN SETEGUH IBRAHIM
ANDAI DIRI TIDAK SEKUAT SITI HAJAR

DAN MENGAPA DIDAMBAKAN TEMAN HIDUP BAK SITI KHADIJAH
KALAU DIRI TIDAK SESEMPURNA RASULULLAH


TERIMALAH KEKURANGAN ITU SEBAGAI KEUNIKAN, DAN CARILAH KEBAIKAN PADA DIRI
grin

"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi"cloud 9
"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi"cloud 9

erti sahabat.....
(haraplah aku dpt menjdi sahbat yg sejati)

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.


Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

utk sahbt2ku.. ikhlas dri
fazlynazmi....