Sunday, August 30, 2009


Another day has gone, I'm still all alone, how could this be, you're not here with me.....
You never said goodbye, someone tell me why...
Did you have to go, and leave my world so cold.......
Everyday I sit and ask myself how did love slip away, something whispers in my ear and says...
That you are not alone, for I am here with you
Though you're far away, i am here to stay.......
You are not alone, i am here with you, though we're far apart,you're always in my heart,
You are not alone.........
Just the other night, i thought I heard you cry
Asking me to come, and hold you in my arms....
I can hear your prayers, your burdens I will bear, but first I need your hand
Then forever can begin.....
Everyday I sit and ask myself how did love slip away, something whispers in my ear and says.......

That you are not alone, for I am here with you
Though you're far away, i am here to stay.......
You are not alone, i am here with you, though we're far apart, you're always in my heart.....
You are not alone.........

Thursday, August 6, 2009

TintaBuatBakalSuamiku

Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,
Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

Sunday, July 19, 2009


Jodoh Itu Ketentuan Tuhan...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tuesday, July 7, 2009

Michael Jackson - islam in my veins

Michael Jackson - Gives Thanks To Allah
ucapanku kepada michael jackson...
HANYA SATU KATA YANG BISA AKU UCAPKAN…
”ALHAMDULILLAH” satu orang paling berpengaruh di dunia muzik,memutuskan menjadi Saudara seiman Kita….dan menjadi hamba yang insyallah…bertaubat kepada – Nya.

Hentikan sentimen negatif dari hal ini, karena mekaeel menjalankan kehidupannya berdasarkan nuraninya sendiri dan memilih kepercayaannya adalah bisikan Nur Illahi…yang menderu…agar dia dapat menjemput hidayah Allah SWT.

Dan ALHAMDULILLAH michael jackson berpulang dalam keadaan Islam! Semoga rahmat dan ridho Allah…menyertai kepergiannya,dan diampunkan segala perbuatan dosa-dosanya semasa hidup...

Ya..Allah
ampunilah dosanya
limpahkan rahmat kepadanya
hapuskanlah kesalahannya
muliakanlah tempatnya
dan lapangkanlah pintu baginya
maafkanlah segala kekhilafannya
Amiin.....

Monday, July 6, 2009

MICHAEL JACKSON MASUK ISLAM, GANTI NAMA MIKAEEL
(Michael Jackson ketika mengunjungi Bahrain 29 Agustus 2005, didampingi tuan rumah kerajaan yang mengundangnya.)

Penyanyi pop dunia, super star Michael Jackson (50 tahun) telah masuk Islam dan berganti nama Mikaeel. Jackson duduk di lantai dengan memakai peci kecil Difahamkan, Michael,mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara bersejarah itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Upacara ini diselenggarakan di rumah temannya di Los Angeles. Setelah resmi masuk Islam, ia mulai menjalankan ajaran-ajaran Islam.

-

Kabarnya Jackson menolak alternatif nama baru dengan nama Mustafa, dan ia lebih tertarik memilih nama Mikaeel, yakni nama salah satu malaikat.

-

Sebelum ini, abang Michael iaitu Jermaine Friday, terlebih dulu memeluk Islam pada 1989 dan sejak itu penyanyi lagu
Heal The World itu mula menunjukkan minat terhadap ajaran Islam.


Satu ketika, selepas Jermaine pulang dari Tanah Suci Makkah, dia menghadiahkan Michael beberapa buku tentang ajaran Islam dan pada saat itu Jermaine semakin yakin bahawa satu hari kelak, pintu hati Michael akan benar-benar terbuka untuk menjadi seorang muslim...

Jackson yang akhir-akhir ini tinggal di Bahrain, dikabarkan telah menyumbang sejumlah wang banyak untuk pembangunan sebuah masjid dekat di istana mewah kerajaan Bahrain, di ibukota Bahrain bernama Manama.






Michael Jackson bersama anaknya menyamar dengan berpakaian abaya (pakaian tradisional wanita Arab) dan berkrudung ketika berada di Bahrain tahun 2006.





MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA DALAM USIA 50 TAHUN
Pada pagi hari tanggal 25 Juni 2009, Jackson dilaporkan jatuh tak sadarkan diri di rumah sewanya di Holmby Hills, Los Angeles, AS. Setelah roboh, doktor pribadinya yang waktu itu bersama dengannya, berusaha untuk menyadarkannya kembali. Paramedis dari Los Angeles Fire Deparment yang menerima panggilan melalui no. 911 pada jam 12.21 p.m...Jumaat, 5.26 pagi, waktu Malaysia (waktu setempat/Pasifik) datang ke tempat Jakcson 9 minit kemudian.

Jackson di laporkan tidak bernafas dan tindakan CPR (cardiopulmonary resuscitation = melakukan pernafasan buatan atau tindakan penekanan dada untuk menghidupkan kembali kerja jantung) segera dilakukan. Tindakan CPR tetap dilakukan selama perjalanan membawa Jackson dari rumahnya sampai tiba di rumah sakit UCLA Medical Center jam 1.14 p.m. Jackson koma dan meninggal dunia tak lama kemudian setelah dilarikan ke rumah sakit tersebut. Kematian Jackson diumumkan sekitar jam 2.26 p.m. waktu setempat. Penyebab kematian Jackson dilaporkan karena gagal jantung (cardiac arrest).

November tahun lalu, Michael atau cukup sinonim dengan gelaran King of Pop, telah dilaporkan memeluk Islam. Difahamkan, Michael telah mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Ketika ini ratusan peminat beliau sedang berkumpul di luar pusat perubatan berkenaan untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut tentang kematian ikon pop dunia ini. Jenazahnya telah dibawa dengan helikopter dari pusat perubatan itu untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan...



Pintu gerbang rumah sewaaan Michael Jackson di LA, dikalungi bunga.


selamat tinggal michael jackson(mekaeel)

"Islam adalah agama terakhir yang paling sempurna, agama terakhir muncul utk menyempurnakan agama-agama yang sebelumnya (terbaik krn merupakan revisi dr agama-agama yang terdahulu).
menurut padangan saya, mana mungkin agama yg muncul sebelum Islam (sbg agama terakhir) bisa membenarkan kehidupan, dimana-mana yang terakhirlah yang menyempurnakan semuanya."

Terima kasih Ya Allah Engkau telah tunjukan Kebesaran-Mu dengan membawa cahaya Islam pd selebritis dunia spt mekaeel mudah-mudahn ini menjadi awal kembali nya Kebesaran Islam di dunia dan semoga dengan kematian mekaeel menjadi ilham dan niat semua orang untuk memeluk Islam dengan ikhlas dan BENAR.

Semoga arwah mkaeel diterima disisi Tuhan kita semua ALLAH SWT.Amin
selamat sejahtera dan semoga Allah merahmati semua!
~fazlynazmi~