Thursday, December 17, 2009

Warkah Cinta untuk Jiwa...

Warkah ini ku tujukan untuk diriku sendiri,serta sahabat-sahabat tercintaku.. Yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya,kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya..cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,lebih bermakna dan indah...

Warkah ini ku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku.. yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya.. yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,entah di mana keikhlasannya....Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan..kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil..Sesungguhnya, dia akan melihat kesungguhan dalam berproses...

Warkah ini ku tujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku..yang mulai lelah menapaki jalanNya,ketika seringkali mengeluh merasa dibebani..bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia...Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba..melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya...

Warkah ini ku tujukan untuk ruh ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku..yang mulai terhakis oleh dunia yang menipu..serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati,lalu dimanakah kejujuran diletakkan?dan kini..terabailah sudah nurani yang bersih,saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka..saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia.. saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.Cuba lihat disana..!!Hatimu menangis dan meranakah?

Warkah ini ku tujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku..yang sombong..yang terkadang bangga pada dirinya sendiri...Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan....Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati,namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan...

Warkah ini ku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati..saat tiada getar ketika asma Allah disebut..saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja..
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan..dan tiada merasa berdosa..
ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain...

Akhirnya..

Warkah ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit..jangan biarkan cahaya itu padam...Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling..memberikan keindahan Islam..yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya..

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati,
tetapkan hati ini pada agamaMU, taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

Wallahualam

Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati dan 'menggongcang' diri yang selalu berdiam diri.Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku..... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati sedang "lelah".

Friday, December 4, 2009

Belajarlah Salahkan Diri...

Belajarlah Salahkan Diri....JANGAN FIKIR KITA JE BETUL..

Assalamulaikum W.B.R dan salam ukhuwah..



Seringkali apabila berlaku musibah atau ditimpa kesusahan,kita sering menyalahkan orang lain malah ada yang tergamak mengatakan.."Ahh..ni semua kerja tuhan"..Tambah MEMILUKAN bila terkeluar ayat ini."Ya Allah apa salahku sehinga Kau tergamak menghukumku sebegini.."

Persoalannya..pernahkah kita terfikir apa yang terjadi semua atas kedaifan kita sendiri?



SALAHKAH MENYALAHKAN DIRI??JANGAN FIKIR KITA JE BETUL..

Saya teringat kata-kata Al-Muzanni yang berpesan: "Apabila engkau melihat wujud kekeringan cinta dalam diri sahabatmu terhadapmu, demikian itu kerana dosa yang engkau lakukan, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah."

Itulah adab ukhuwwah, apabila berlaku kekeringan dalam hubungan setelah ia diikat atas ikatan akidah dan perjuang, ketahuilah, kesalahan pertama adalah pada diri anda sebelum sahabat anda.

Al-Quran juga mengajar Muslim supaya menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain atas musibah yang menimpa dirinya. Bukan salah takdir tetapi kecuaian diri yang menyebabkan semua itu berlaku...

Firman Allah SWT: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”

Menuding jari ke arah diri sendiri membuka ruang yang merdeka untuk memuhasabah diri. Muhasabah diri yang betul mampu menjadi asas plan tindakan memperbaiki diri dan mengangkat kualitinya menuju redha Ilahi.


KAWAN BAIK ATAU KAWAN SEJATI?

Ada sahabat yang sanggup memutuskan hubungan hanya kerana sahabatnya menegur dan memberi nasihat. Padahal apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu merupakan tanda kasih sayang dan berpegang dengan amanah persahabatan. Kawan terbaik bukanlah yang mulutnya sentiasa menyanyikan lagu pujian. Kawan terbaik ialah yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki sahabatnya. Sanggup menegur kelemahannya dan berkongsi kegembiraannya. Sahabat begini sebenarnya telah melaksanakan perintah Rasulullah SAW yang mengatakan: Agama itu adalah nasihat.

Pahit macamana pun teguran dan nasihat dari seorang sahabat yang telah terbukti kejujurannya selama bertahun-tahun, kunyahlah ia sampai lumat dan tapislah patinya dengan sempurna dan jangan sesekali dibuang kecuali terbukti mudharatnya.

Bersikap memencil diri hanya kerana ditegur, tandanya tidak sempurna hak ukhuwwah kita tunaikan. Kita ‘berdada sempit’. Sepatutnya kita panjatkan jutaan syukur kepada sahabat kita kerana di zaman orang ramai lebih tertumpu kepada sesuatu yang mendatangkan pulangan pada diri sendiri, masih ada yang sanggup peduli kelemahan kita. Itu tandanya ia sayang pada kita, ingin melihat kebahagiaan kita, ingin kita hidup sempurna. Kalau bukan tujuan itu, sudah pasti ia biarkan kita hanyut dalam kepalsuan hidup tanpa teman pembimbing.


BELAJARLAH SALAHKAN DIRI....

Namun andainya kita masih tidak pandai menyalahkan diri dan beranggapan semua yang di sekeliling kita salah, tunggulah harinya kita ditinggalkan bersendirian. Hati-hati waktu itu melayarkan bahtera hidup, takut tenggelam setelah diberi nasihat dan peringatan.

Waktu itu jangan marah kalau ada suara dari langit berkata: Padan muka, aku sudah cakap semua tu dahulu!!!


Wallahualam...

ANDA BACA
ANDA TENTUKAN...

Wednesday, December 2, 2009

Warkah untuk Hawa dari Adam...

Hawa,
Sedarlah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita
dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan, walau secebis oleh
kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam, kita hanyalah sebagai alat untuk
memuaskan hawa nafsu semata. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam,
bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga
tiada sebaik-baik hiasan dunia melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? kenapa mesti engkau
kaku dalam mentaati ajaranNya? kenapa masih segan mengamalkan isi kandunganNya?
kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? dan kenapa masih tak mahu
menutup aurat, wahai Hawa?...

Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarkah hawa kau bisa
menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh
solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi
dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata
dunia.

Tapi Hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan
lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau
menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa...Jangan!!!
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan
sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang
kemurkaan dan kebencian Allah tetapi pada masa yang sama memberi kegembiraan
pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh
syaitan dlam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga ia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa akan
janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
mengandaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai
pakaian yang menampakkan susuk tubumu hanya untuk menarik perhatian atau
bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi
merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan
muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya
senyuman...maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan...
dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui
keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi
akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik
juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana ia
takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga
tak mahu bermain cinta kerana ia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan perolehi cinta dari
insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan
peroleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu keran kau tak akan jumpa cinta
yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa
menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah. Janganlah sesekali tangan
yang menggoncang dunia ini juga yang menggoncang iman lelaki, kerana aku sukar
menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya.


Tulus Ikhlas,
Dari Adam untuk Hawa...
AKAL wanita setipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu yang bermanfaat...
HATInya serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan pancaran Nur Iman...
PERASAANnya selembut sutera,
suburkanlah ia dengan ketegasan demi maruahnya...
PERIBADInya lemah bak lalang ditiup angin,
hiasilah ia dengan akhlak terpuji...

Tolong sampaikan pada si dia… .

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

heart

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



Tuesday, December 1, 2009

meminta maaf dan m'maafkan..??

meminta maaf dan m'maafkan..??

apa yg sahabat2 semua faham tentang topic ini??
bgi kefahaman sy,meminta maaf adalam memohn agar kesilapan yg leps secra sengaja atau
tidk sengaja,krn manusia alpa dgn tingkah laku sndiri. bjabat tangan ibarat memohon kemaafan,
ku kerap bsalam dgn saudaraku,agar kesilapanku dpt dilupakan..
memaafkan?? ape yg sy tahu memberi kemaafn adelah amalan mulia...ikhlas kataku,
x pernh sekali pon ku x maafkn sahabat2ku..aku sentiasa membri kemaafn krn aku tahu, bkn sengaja sahabatku utk menyakiti hatiku..even sy sndiri pon ade buat silap,xkn sy nk mngharap org sekeliling buat baik kt sy..btul x..=)

btul2 sahabatku,memang susah utk menghulurkan kemaafan..
ku pun tak t'kecuali utk memaafkan sesetengah org yg memgaibkn sy
tapi..siapa sy utk tak menerima kemaafannye yg dihulur???
sedngkan allah sendiri x snggup melihat umatnye menghururkn kemaafan..
ingt kte ni manusia hina..satu hari kte juga akn buat silap..

cube sahabat fikir...ape yg kite dpt apabila sahabat tak nak maafkan org lain??
adakah sahabat puas dgn tindakan anda?anda meninggalkn die yg dulu prnh mjdi sahabatmu....
disbb kesilapnnye??
brape lama?macam mana perasan sahabat seleps itu...
perasaan benci terhadapnye akn wujud dihati anda...prcayalah..

jgn sahabatku,jgn membenci..hidup ni tlalu sigkat untk mbnci org,cara untk mengelak bnci..

marilah kita cuba mnghulurkan kemaafan,agar hati akn jdi tenang..kite pun tak la perfect...
cuba sahabat bayngkan,apa perasaan sahabat apabila rakan anda tidk memaafkan anda?

ku pun prnah apabila maafku x diterima..rase sakit sgt2...rse terhina pon ade gk...
kngkadng mulut kata "alaa,biarkn je la dh leps..."gaya nye macam maafkn,tpi hakikatnye
masih x maafkn,krana die cube mnjauhkn dri dariku..lngsng die x bhubng pdaku,die tnggalku bgitu dgn prasaan seb'salah,sehinggakan bnyk psoalan yg timbul difikrn ku...
memng btul2 sakit sahabatku prasaan seseorng apabila maafnye x diterima..
krn ku merasainye,sbb itu la ku sedia memaafkn sesiape yg yg sdr ats kesilpn dri..
kolo boleh ku x ingin org lain rse ape yg ku rse...

"tidak sempurna iman,
tidak bernama insan,
andai p'musuhn dibiar bterusan,
leburkan k'egoan,hulurkn kemaafan,
semoga sentosa dlm k'redhaan...

JADI...MAAFKANLAHNYE WAHAI SAHABATKU..=)


sekian wassalam..

e-class
fazlynazmi=)

eratkan persahabatan


KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baik kamu itu menyinggung perasaan mungkin dengan kesabaran,teman kamu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.


BERTERUS-TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman-teman sekeliling kamu.Cuba berbincang dan berterus-terang agar masalah yang membelenggu diri kamu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang

IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain.Setiap ikhlas kita akn menjadikan teman di sekeliling akan lebih menghormati kita

SALING MENGHORMATI
Hormatilah orang di sekeliling kamu dan sudah tentu orang lain juga akn menghormati kmu .

JUJUR
Belajarlah untuk menjadi seorang yang jujur.Saling percaya mempercayai menjadikan hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya.Buang jauh-jauh sikap bermuka-muka kerana ia akan merenggangkan persahabataan.

SALINAG FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk ialah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baik kamu menyinggung perasaan.Ketahuilah sikap pemaaf itu perbuatan yang mulia.Malah ia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakn satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni.Sikap begini akan memberi manfaat kepada diri kamu dan orang lain.

JAGA TUTUR KATA
Jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu.Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

NASIHAT MENASIHATI
Teguran hendaklah secara baik dan bukanya melulu dan mengkritik.Saling ingat-mengingati itu adalah satu perbuatan yang mulia

AMBIL BERAT
Jangan petingkan diri sendiri.Berada di sisi teman ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan.Ia memberikan kekuatan dan sedikit sebanyak masalah yang ditanggunginya akan berkurangan.

SALING BERHAUBUNG
Jauh di mata,dekat di hati.Walau pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan tetapi kamu masih boleh mengeratkan persahabatn dengan bertanya khabar.Telefon atau sekadar menghantar sms pun sudah mencukupi sebagai tanda ingatankamu kepadanya.

BERTELINGKAH
Kadang-kadang pertelingkahan yang berlaku boleh mengeratkan perhubungan.Sesekali bertelingkah akan menjadikan perhubungan bertambah baik.Kita lebih saling mengenali dan memahami antar satu sama lain.Tapi haruslah ingat,bergaduh tanpa bermaafan tidak ada gunanya.Sekurang-kurangnya kita kenalah beralah,bermaaf-maafan agar keruhan yang melanda agar jernih semula.

kegembiraan waktu sekolah..

mengimbau kembali masa silam b'sama sahabat2 disekolah..


assalammualaikum...
sheila,mira,elis,zura,yana,zetty juga ina 7 sahabat ini b'serang dlm hati ku ini sejak tingkatan 2..ketawa,menangis,sedih dn bnyk lgi maianan emosi yg btanding dihati kte.. ingat lgi x kwn2,mse kte di tingkatan 3??aku gaduh ngn zura..dua2 ego sendiri..namun hubungan kami bagai isi dan kuku,dlm beberapa hari shaja kami bjabat tangan semula,menundukkan ego,memohon maaf diatas kesalahan masing2...kngkadng bile tfikr blik cam mne la leh gaduh..rse cm nk gelak jee melihat peristiwa ituu...=)

alangkah bahagianya waktu itu,rindu rasanye dihati,jiwa meronta-ronta agar dipulangkan saat2 itu..namun kte perlu akur pda hakikat hidup..

ingt lagi x shabat2ku,dua,3 hari sebelum hari jadi yana yg ke-15?? kte smua pura2 pinggirkn die.kte x layan die,tak tgor die dan tarik muka apabila bselisihan dgnnye.. apabila tiba saatnye,kte kejutakn die dgn kek dan hadiah..ku hadiahkan pdanye tady bear besar.. die suka gile..=)
ade hadiah yg yana dpt sampai die menangis..ade kwn2 lelaki kacau die bgi hadiah lips mati,melompat2 yana..hehehe meriah btu suasana itu..

mase di tingkatan 4, kmi masak2 kt bilik ERT...hehe macam2 makanan dibuat,suasana memang mriah la x tw cm ne nk cakap..=) zura buat karipap gulung,aku and sheila buat mertabak,ina dan zetty buat nasi goreng..dn ade la membr2 lain buat gk...semua btul2 dgn kesungguhan masak..hehe kemudian kmi pnggl2 cikgu2 yg mengajar kmi ajak makn sekali..masing2 kne puji..senyum lebar kami semua....hehe

tiba tahun 2007, masing2 sibuk dgn SPM, 1 pejalanan yg amat penting utk mse dpn kte. Kte mengimpikan segulung ijazah malah lebih drpda itu pon utk digenggam..

mira mengimpikan peguam syariah,sheila pulak ekonomi,elis dgn pereka fesyen,zetty dgn kehebatan IT, zura impian doktor,yana pakar sains dan ina impikan menjadi wartawan.. tinggi btul impian kte.insya allah berbekalkn usaha gigih kte,doa restu ibubapa dan guru yg kte sygi,impian juga bakal jdi kenyataan...

semoga kte dipertemukan setelah impian2 tcapai,pada saat tu mngkin kte akn kenang kembali waktu kte menuntut ilmu bsama..

sekian wassalam..


e-class dri
fazlynazmi=)